Hiburan By: Salma Syahbuddin June 8, 2018 @ 5:08am

Alunan Ayat Al-Quran Raja Atiq, Buat Semua Peminat Kagum

Pastinya drama kegilaan ramai Nur semakin mendapat sambutan dari hari ke hari. Bukan sahaja kerana plot penceritaan nya yang menarik malah, mesej yang ingin disampaikan juga dikira begitu berjaya mencuri perhatian segenap lapisan masyarakat.

Dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Amira Rosli, Dato Jalaludin Hassan, Azhan Rani dan ramai lagi, Nur turut menampilkan beberapa muka baru dalam industri seperti Raja Atiq.

Raja Atiq yang memegang watak sebagai Amirul iaitu adik kepada Ustaz Adam (Syafiq Kyle) baru-baru ini  mendapat perhatian masyarakat dengan bacaan dan alunan ayat suci al-quran bukan sahaja melalui beberapa scene dalam drama tersebut, tetapi beliau telah dijemput baru-baru ini oleh stesen radio Hot.FM sambil mengalunkan bacaan surah Ar-Rahman yang begitu merdu sekali.

Atiq atau nama sebenarnya, Raja Muhammad Atiqullah Shah, 18 merupakan seorang pelajar Sekolah Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) Kuala Terengganu. Dan pernah memenangi Johan pertandingan hafazan serta pernah menjadi imam di sebuah masjid.

Wah! nampaknya Atiq ni betul-betul berbakat kan?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 2 Dec 2019

Taufiq Hanafi Jadi Penggali Kubur?

Dah tak nak berlakon ke?

Hiburan Sun, 29 Sep 2019

Umie Aida Dekatkan Anak Pada Al-Quran Sejak Bayi Lagi

Pelakon, Datin Seri Umie Aida sering memperdengarkan ayat al-Quran selama sebulan kepada anaknya, Aisyah Humaira. “Alhamdulillah, Aisyah sudah masuk lebih dua bulan. Jadi, sudah masuk juzuk dua. “Saya menggunakan pendekatan digunakan Ustaz Hadi Hidayat dalam […]

Hiburan Thu, 2 Nov 2023

Suka Nikmati Makanan Pedas, Cili.. Sabdhi Saddi Masuk Hospital Gara-Gara Apendiks

Alamak! Takutlah nak makan pedas😵 Semoga cepat sembuh Sabhi Saddi✨

Featured Thu, 2 Feb 2023

[VIDEO] Muat Naik Foto Noah Sinclair Di IG, Tapi Kelibat Anjing Dalam Rumah BCL Jadi Tumpuan

Terkejut juga tengok ada anjing dalam rumah, dulu bukan kucing ek diorang jaga?

Featured Mon, 30 May 2022
Hiburan Wed, 27 Mar 2019

Aina Abdul Kongsi Pengalaman Depresi Dalam ‘Sumpah’

Aina percaya rezeki akan datang kepada sesiapa yang tidak berhenti berusaha!