“Ambil Je Mana-Mana, Tak Kisah Harga” – Nur Fazura Habis Puluhan Ribu Belanja Pekerja Beg Jenama Mewah

Pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura Sharifuddin, 38, semakin bergiat aktif dalam perniagaan tudung jenamanya sendiri.

Setiap kali melancarkan koleksi terbaru Tudung Fazura, sambutan yang diterima sangat memberangsangkan serta mengaut jualan mencecah jutaan ringgit.

Bagaimanapun, Fazura sebelum ini menafikan dakwaan statusnya kini bergelar jutawan, sebaliknya merendah diri dan mengakui dirinya hanya orang biasa sahaja malah turut menyifatkan rezeki yang diterimanya itu adalah aturan Allah SWT.

Artikel Berkaitan: Kaut Keuntungan Berjuta Tanpa Perlu Gimik Melampau, Fazura Akui Nawaitu Kena Betul

Terkini, Fazura menjadi sebutan ramai selepas berkongsi rezeki dengan staf-staf yang selama ini setia menjadi tulang belakang sepanjang membina empayarnya.

Perkongsian tersebut dimuat naik oleh penyampai radio, Sonic Hussien yang sering menjadi pengacara majlis acara anjuran Fazura.

“Tak terkata! Sebak yang amat petang tadi, semua terdiam dan terkejut!! Masuk Coach, Faz terus inform.. Boleh pilih apa-apa jer dalam ni.. Ambil dan pilih.

“Tak kira nak harga berapa! What?!! Semua macam blur jap! Terkejut! Sampai saya juga di suruh pilih..

“Allah! @missfazura belanja semuaa!! Saya sebak bila time semua ucap terima kasih pada Faz. Ramai tahan sebak,” tulisnya di ruangan kapsyen sebuah hantaran di Instagram.

Menerusi video tersebut, Fazura ditemani suami tercinta, aktor Fattah Amin semasa urusan pembelian dan pemilihan beg jenama mewah itu.

Difahamkan, pasangan sejoli ini menghabiskan puluhan ribu ringgit kepada pekerja mereka sebagai tanda menghargai usaha keras dan tenaga yang telah diberikan selama ini.

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen memuji sikap pelakon Gol dan Gincu ini yang sangat bermurah hati terutamanya dalam berkongsi rezeki kepada orang lain.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang kagum dengan sifat peribadi Fazura yang tidak gemar menayang kemewahan di media sosial dan sentiasa merendah diri.

Artikel Berkaitan: Dapat Jualan RM5.4 Juta, Koleksi Ramadan Tudung Milik Fazura Habis Terjual Dalam Masa 1 Jam

Artikel Berkaitan: Hadiah Buat Peminat, Fazura Teruja Bakal Kembali Berlakon Drama Bersiri Konsep Islamik!

Aqilah Paharuzi