Amboi! Sampai ‘Luruh Limpa’ Netizen Gara-Gara Sharnaaz Ahmad ‘Belanja’ Gambar Tanpa Baju

Pelakon Sharnaaz Ahmad baru-baru ini dilihat berkongsi foto tanpa memakai baju menerusi laman Instagram miliknya pada Jumaat.

Difahamkan, foto tersebut diambil ketika Sharnaaz sedang bercuti di Batu Feringgi, Pulau Pinang.

 

Ternyata foto yang dimuat naik pelakon Juvana ini berjaya mencuri perhatian netizen yang rata-ratanya teruja dan terhibur dengan perkongsian Sharnaaz atau lebih mesra dengan panggilan Mamu ini.

Malah, terdapat segelintir netizen menyifatkan foto ‘belanja’ dari Sharnaaz Ahmad berjaya membuatkan mereka tidak senang duduk.

“Ada bau-bau nasi minyak ke ni?”

Menjengah diruangan komen, pelakon dan penyanyi, Azira Shafinaz juga nampaknya sempat meninggalkan komen pada kapsyen foto tersebut.

“Are you sure half life, not half year?,” tulisnya.

Bagaimanapun, rata-rata netizen menyambut baik komen yang ditinggalkan malah, ada yang sempat berseloroh agar pasangan ini cepat mendirikan rumah tangga.

 

Salma Syahbuddin