Amir Ahnaf Perjelas Isu Babak Panas Bersama ‘Call Girl’, Akui Takut Dimarahi Keluarga

Pelakon Amir Ahnaf memberitahu terbuka untuk melakukan pelbagai jenis babak lakonan namun akui takut untuk melakonkan babak panas yang keterlalun demi menjaga maruah keluarga.

Menurutnya, dia mengikut sahaja arahan pengarah kerana percaya sekiranya sesebuah babak menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia pasti sudah diubah terlebih dahulu.

“Mungkin dia akan mengolah babak (keterlaluan) itu supaya lebih diterima penonton. Sebaik dibenarkan oleh pengarah dan penerbit, saya sedia berkhidmat untuk menjayakan watak diberikan.

“Saya akui takut untuk melakonkan babak panas kerana bimbang dimarahi keluarga. Lagipun saya bawa nama baik keluarga saya,” ujarnya.

Disoal mengenai babak panas menerusi drama Syurga Itu Bukan Mudah, Amir menjelaskan bahawa apa yang ditonton di televisyen tidak sama seperti apa yang berlaku di set penggambaran.

Malah, babak berdua-duaan bersama pelakon wanita itu juga melibatkan ramai kru di lokasi.

“Saya rasa okay sahaja kerana itu adalah kerja yang saya buat. Lagi pun bukan hanya saya dengan call girl (watak dalam drama berkenaan) itu saja di set, semua kru produksi pun ada.

“Seperti yang penonton atau netizen tidak nampak, sebenarnya di belakang kamera itu ada ramai orang.

“Bukan hanya saya dan pelakon perempuan itu saja, jadi kita kena faham tentang tanggungjawab kerja dan sikap profesional ketika bekerja,” jelasnya.

Sumber: Harian Metro & mStar

Maya Basir