Featured By: Khairil Khusyairi January 12, 2023 @ 4:26pm

Amir Masdi Pertaruh ‘Sengaja’ Hasil Ciptaan Hang Nadim & Bunga Cantik

Penyanyi Amir Masdi muncul dengan single baharu berjudul “Sengaja” hasil ciptaan sepenuhnya oleh Hang Nadim dan Bunga Cantik serta diterbitkan oleh syarikat rakaman Nova Music.

Bagi finalis Anugerah Juara Lagu ke 37 (AJL 37) ini, Sengaja berkisar perasaan geram yang terpendam terhadap seseorang individu.

“Lagu ini mengisahkan seorang individu yang memendam perasaan di mana dia meluahkan dalam lagu ini bahawa dia selalu dipersalahkan. Apa sahaja yang dibuat pasti dia akan dipersalahkan. Jadi, dia meluahkan perasaan geram dalam lagu ini. Pertama kali dengar, saya boleh masuk dengan lagu ini dan saya pasti ramai yang boleh kaitkan kisah daripada lagu ini,” katanya.

Menurut Amir, dia sudah lama mengimpikan untuk bekerjasama dengan pasangan suami isteri itu selain dapat memenuhi hasrat ibunya.

“Selama enam tahun saya bergelar anak seni, mak saya selalu mengingati saya untuk mendapatkan lagu daripada Hang Nadim. Mak saya pun teringin juga nak lihat saya menyanyikan sebuah lagu daripada Hang Nadim.

“Saya berasa sangat bertuah dan bersyukur bila dapat sokongan serta restu daripada mak saya. Jadi, dengan restu mak, usaha saya dan pasukan, alhamdulillah apa yang diimpikan kami berdua selama ini kini menjadi kenyataan. Saya sangat bersyukur sebab tak tahu rezeki datang bila. Saya berpegang dengan prinsip bahawa hasil tidak akan mengkhianati usaha,” katanya.

Berkongsi mengenai kerjasama dengan Hang Nadim dan Bunga Cantik, Amir berkata, semuanya bermula daripada pihak pengurusan dan syarikat rakamannya.

“Sebenarnya, saya tak berhubung secara langsung dengan Hang Nadim untuk minta sebarang lagu dan hanya minta tolong pihak pengurusan dan syarikat rakaman saya untuk bertanyakan kepada Hang Nadim. Tapi, jawapan itu saya tak dapat dalam masa yang singkat mungkin kerana saya masih belum cukup bersedia ketika itu atau ada sebab lain. Walau apapun sebabnya, saya percaya sebab itu akhirnya mendorong kepada hasil yang lebih baik.

“Lagu ini sesuai dengan waktu dan momentum yang saya ada sekarang ini. Pengalaman saya bekerja dengan Hang Nadim dan Bunga Cantik memang senang untuk berbincang atau kaitkan pelbagai perkara kerana mereka juga adalah penyanyi. Mereka sangat profesional, bekerja dengan mereka juga seronok. Tak ada pun terjadi perkara tidak sepatutnya dan saya sangat gembira apabila semuanya berjalan lancar.

“Bunga Cantik pula sangat mengambil berat saya punya karakter dalam lagu dan suara. Dia selalu bertanya pendapat saya juga dan beri kebebasan untuk saya buat keputusan. Kebanyakan idea dan pembikinan lagu ini datang daripada mereka dan saya cuba sampaikannya dengan baik,” katanya.

Sementara itu, Hang Nadim berkata, dia dan isterinya, Bunga Cantik mengambil masa lama untuk menghasilkan lagu buat Amir disebabkan ingin memberikan hasil terbaik.

“Sebenarnya lama juga Amir minta lagu daripada kami. Cuma kami tak dapat penuhi permintaan itu sebab masih belum jumpa material yang sesuai. Alasan lambat adalah disebabkan kami mahu hasilkan lagu yang benar-benar sesuai dengan Amir. Lagu ini kami rasakan betul-betul sesuai untuk Amir dan berharap ia dapat beri kebaikan dalam perjalanan seninya.

“Keseluruhan lagu ini memang hasil ciptaan kami berdua. Walaupun masing-masing ada kehendak yang berbeza tapi kami sentiasa berbincang dan gabungkannya supaya dapat menghasilkan lagu terbaik. Tapi perkara ini agak sukar sebab kadang-kadang kami akan bertekak. Bukanlah bergaduh, tapi mahu mencari kesepakatan itu yang sukar. Kami memerlukan masa juga untuk mendapat sesebuah lagu itu,” katanya.

Single terbaru Amir Masdi berjudul “Sengaja” terbitan Nova Music bakal dilancarkan pada 10 Januari 2023 dan boleh distrim di semua pelantar striming muzik pada hari tersebut. Video lirik rasmi lagu tersebut juga boleh mula ditonton di saluran YouTube ‘Nova Music Vidoes’ pada hari dan waktu yang sama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 3 Feb 2019
Trending Mon, 16 Aug 2021

Perdana Menteri Sementara Adalah ‘One Man Show’ – Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara, sebagaimana diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, selepas menerima peletakan jawatannya tengah hari tadi. “Ia adalah tugas yang terhormat. Saya akan terus jalankan tugas sebagai […]

Hiburan Tue, 23 Jan 2018

HANYA DOA SELAMAT UNTUK BAYI SULUNG SAYA – DATUK SITI NURHALIZA

Dia akan melalui proses berpantang sama seperti wanita lain dan akan membuat latihan vokal untuk mengembalikan tenaga dan aktif dalam bidang nyanyian selepas bersalin nanti

LIFESTYLE Mon, 29 Apr 2019
Featured Wed, 29 Dec 2021

Rider Pelik Pelanggan Tak Suruh Naik Hantar Makanan, Rupanya Ambil Makanan Pakai Baldi!

Dengan penularan wabak COVID-19 yang semakin meruncing di negara ini, cara terbaik ialah rakyat bertindak bijak dengan mendisiplinkan diri bagi mematuhi arahan Prosedur Operasi Standard (SOP). Begitu juga dengan situasi seorang pelanggan yang memesan makanan […]

Hiburan Tue, 24 Jul 2018

Tukang Masak Tak Dengar Cakap Punca Restoran Chef Wan Tutup?

Kalau orang lain, kedai tutup dia serabut. Berlainan pula bagi Chef Wan! Beliau dikatakan lega dan khabarnya berniat nak sedekah pisang di masjid. Jom dengar penjelasan beliau…

Featured Fri, 14 Apr 2023

“Yang Mendengar Tak Ada Otak Ke?” – Reen Rahim Perjelas Tohmahan Pemalas Bangun Sahur

Siapa je yang tak marah kalau kena tuduh bukan-bukan kan😡😡😡

Hiburan Wed, 10 Jul 2019

Kalau Dah Jodoh, Fahmy Reza Terima Joy Revfa Sebagai Isteri

Fahmy tidak menolak seandainya jodoh berpihak kepada mereka pada masa hadapan.

Hiburan Sun, 5 Jan 2020
Featured Thu, 24 Aug 2023

Jatuh Pentas Ketika Sesi Raptai Punca Uyaina Arshad Bertongkat & Berkerusi Roda

Aduh! Ngerinya tengok Uyaina jatuh macam tu je😭🥴😭🥴