Analisa Terhadap Mayat Tanpa Identiti Tidak Sepadan, Zalina Azman Masih Belum Ditemui

Umum mengetahui mengenai kehilangan bekas personaliti TV3, Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November lalu masih belum ditemui sehingga kini.

Terbaru, menerusi pemeriksaan dan analisa yang dibuat ke atas beberapa mayat tanpa identiti juga dikatakan tidak sepadan Zalina.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengatakan bahawa kes ini masih berada dalam kategori orang hilang (OH) dan pihak polis masih menerima maklumat baharu daripada orang awam jika mengetahuinya.

“Kita masih belum terima maklumat terkini daripada orang awam dan setakat ini, pemeriksaan terhadap mayat tanpa identiti yang kita jumpai tiada yang ‘match’ (sepadan) dengan Zalina.

“Selain pemeriksaan terhadap mayat tanpa identiti yang ditemui di Kuala Lumpur dan Selangor, ia turut membabitkan penemuan di negeri-negeri lain berikutan profil Zarina sudah kita hantar ke Jabatan Kimia.

“Kita tidak sama sekali menutup siasatan kes ini dan orang ramai masih diberi ruang untuk menyalurkan apa-apa maklumat terbaharu mengenai kehilangan Zalina,” ujarnya ketika sidang media di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam, hari ini.

Untuk info, kehilangan Zalina dilaporkan oleh anaknya apabila tidak dapat dihubungi sejak 24 November lalu.

Artikel Berkaitan: Bekas Personaliti TV3, Zalina Azman Dilaporkan Hilang Sejak November 2021

Artikel Berkaitan: Tular Orang Awam Dakwa Jumpa Zalina Azman, Pihak Polis Sahkan Tiada Sebarang Laporan Dibuat

Artikel Berkaitan: Lambat Hebah Kehilangan Zalina Azman, Ini Respons Pihak Polis – “Tiada Rekod Pergerakan Ke…”

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari