“Apa Lagi Gaduhlah… Sekadar Mengeruhkan Keadaan” – Aeril Zafrel Perli Siapa Tu?

Baru-baru ni kecoh di media sosial tentang kontroversi penyanyi Caprice mahu menyaman pasaraya Mydin yang didakwa memerli dirinya.

Terkini, pelakon dan usahawan kosmetik, Aeril Zafrel tampil membuat jenaka dengan memuat naik foto kotak tisu jenama Mydin serta beras dan topi di atas meja.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, dia seakan mahu barang-barang di atas meja tersebut untuk memulakan pergaduhan.

“Ni dah jumpa depan-depan ni. Apa lagi gaduhlah. Takkan diam je. Hmm.

“Sekadar mengeruhkan keadaan,” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen seperti tahu siapa yang dimaksudkan oleh Aeril dan turut bimbang dirinya akan disaman dan diminta membuat permohonan maaf oleh individu berkenaan.

“ABANG ADA 24 JAM DARI SEKARANG!

“Kang kena saman malu 10 juta.

“Aduh aku yang risau. Tapi kelakar,” komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Boss Mydin Tak Gentar Diugut Saman RM30 Juta, Caprice Pula Terkejut Sebab…

Foto kredit: Kosmo

Maya Basir