Timbul Spekulasi Perceraian, Luqman Hafidz Pilih Untuk ‘Kunci Mulut’ – “Saya Mahukan Ketenangan”

Baru-baru ini, pelakon Luqman Hafidz memaklumkan bahawa dia masih belum bersedia untuk menjawab mengenai kontroversi yang mendakwa dirinya sudah berpisah dengan isteri.

Jelas Luqman atau nama sebenarnya Muhd Luqman Hafidz Mohd Fauzi, 31, dia bukanlah seorang yang jenis berkongsi mengenai hal peribadi namun ia masih mendapat perhatian.

“Apa yang boleh dikata, saya belum bersedia lagi berkongsi apa-apa berkaitan peribadi (rumah tangga). Selama ini pun, saya memang tidak pernah berkongsi soal peribadi berbanding karier.

“Bagi saya, setiap orang ada pendapat masing-masing untuk pandang setiap masalah itu macam mana. Sebabnya, kita semua tidak terlepas daripada mengalami masalah,” jelasnya.

Memetik laporan Harian Metro, pelakon Ku Punya Hati itu berharap pendekatan yang diambil untuk tidak berkongsi mengenai isu peribadinya dapat diterima baik oleh semua pihak.

“Macam saya kata, daripada dulu lagi memang saya tidak pernah berkongsi kisah peribadi kepada umum. Saya faham sebagai anak seni, orang memang nak tahu cerita peribadi kita.

“Jadi, kalau orang masih nak buat spekulasi, terserah. Saya pun mahukan ketenangan. Perkara itu (rumah tangga) saya akan cakap juga, Cuma tunggu masa yang sesuai,” ujarnya lagi.

Terdahulu, timbul satu spekulasi yang menyatakan bahawa ikatan perkahwinan Luqman dan isterinya, Nurul Atiqah Mad Apandi, 31 telah terlerai dan kini membawa haluan masing-masing.

Untuk info, pasangan itu telah mendirikan rumah tangga bersama pada 20 Mac 2020.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia setahun lapan bulan.

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari