“Masa Ni Saya Lari Macam Tak Cukup Tanah…”- Hamil 4 Bulan, Isteri Aliff Syukri Alami Pendarahan

Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi detik cemas apabila isterinya, Datin Seri Nur Shahida dilaporkan mengalami pendarahan sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital.

Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff berkata, isterinya mengadu sakit dan mengalami pendarahan yang banyak ketika dia sedang bersiaran langsung di Instagram.

“Masa ni semua jadi kelam kabut.. sepanjang perjalanan isteri saya  mengalami pendarahan teruk.

“Masa ni saya lari macam tak cukup tanah, saya hanya fikir bayi dan isteri. Doakan semuanya selamat,” katanya.

Bagaimanapun, Aliff memaklumkan, keadaan isteri dan bayi kini berada dalam keadaan stabil, namun isterinya perlu berehat untuk tempoh tiga hingga lima bulan .

“Alhamdulillah doktor dah scan kata baby masih okay, denyutan jantung pun okay. Cuma isteri saya kena baring  dan rehat untuk tempoh tiga hingga lima bulan sebab bahaya untuk ibu dan bayi, sampailah uri naik semula,” kongsinya.

 

Dalam pada itu, Aliff memaklumkan dia dan isteri sepatutnya menghadiri acara perasmian koleksi telekung dan tudung namun, keadaan isterinya  tidak mengizinkan dan terpaksa membatalkan acara tersebut.

“Sepatutnya minggu ini saya ada event perasmian koleksi telekung dan tudung, tapi sebab isteri alamai pendarahan saya terpaska lancarkan secara online sahaja,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Aliff menitipkan ucapan doa dan berharap agar bayi dan Shahida berada dalam keadaan baik dan sihat.

Salma Syahbuddin