“Apa Untungnya Aku Nak Tipu” – Aeril Zafrel Dedah DM Individu Yang…

Pelakon Aeril Zafrel mendedahkan terdapat individu yang menuduh dirinya menipu membeli kereta mewah pemberian isterinya, Wawa Zainal pada April lalu.

Pendedahan itu dibuat menerusi perkongsian di Instagram yang menunjukkan individu tersebut menuduhnya melalui ‘direct message’ (DM).

“Entahlah.. apa untungnya aku nak tipu,” kata Aeril.

Menerusi perkongsian tersebut, individu berkenaan menganggap pelakon itu menipu kerana membeli kereta yang dipanggil ‘Ferrari’ dan membuat kereta tersebut seperti hak milik kekalnya.

“Kalau betullah sewa tak kisah pun tapi sembang surprise macam beli hak milik kekal. Itu menipu namanya.. bagitau jela jujur nak merasa bawak Ferrari jadi sewa jela mampu insya-Allah ada rezeki dapat beli. Mesti netizen lagi salute and doakan.

“Tengoklah kalau betul kata mereka sewa Ferrari ramai je kan netizen yang doakan baik-baik apatah lagi kalau berkata jujur mesti orang lagi adore…. Kenapa perlu nk menipu demi sebuah konten?” tulis individu tersebut.

Walaubagaimanapun, perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut Aeril yang rata-rata mengecam semula individu tersebut.

“It’s Lamborghini That Costs Maybe 2 Millions Ringgit…. And It Not A Ferrari…,” tulis seorang pengikutnya.

“Tak jadi masalah untuk semua netizen berkenaan sewa atau beli.. Lantaklah dia nk sewa atau beli,” tulis seorang peminatnya.

“Hahhahaha tak faham la kenapa dia sakit hati sangat tu,” komen seorang netizen.

Sebelum ini, Aeril telah memaklumkan dia tidak bercadang untuk memakai kereta Lamborghini Aventador, pemberian isterinya itu untuk tempoh yang lama.

ARTIKEL BERKAITAN: Aeril Zafrel Tak Bercadang Guna Lamborghini Dalam Tempoh Lama – “Kemungkinan Kereta Ini Juga…”

ARTIKEL BERKAITAN: Aeril Zafrel Sebak Dan Menggigil, Wawa Zainal Hadiahkan Kereta Mewah!

Fatin Nurain