Hiburan By: Khairil Khusyairi April 5, 2024 @ 2:56pm

Aprena Manrose Nafi Sindir Bella Astillah – “Jangan Sesuka Hati Nak Hukum” 

Pelakon Aprena Manrose menafikan dia menyindir aktres, Bella Astillah mengenai kemelut rumah tangga selebriti itu susulan membuat  ‘content’ video baru-baru ini.

Menurut Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, dia tidak berniat untuk menyindir Bella dan menegaskan netizen sudah salah faham mengenai video tersebut.

“Allahu Akhbar, sesungguhnya tiada niat untuk memerli atau menganjing sesiapa dalam video ni.

“Kau orang yang berfikiran terlalu negatif dan memandai sendiri nak kaitkan dengan isu semasa. Kau orang yang hati busuk,” jelasnya.

Tambah Aprena, dia menyatakan content video tersebut hanyalah gurauan dia bersama suami namun disalah erti oleh sesetengah pihak sehingga dihukum tanpa usul periksa.

Malah, adik kepada aktres, Nelydia Senrose itu turut memaklumkan dia antara insan yang terawal mengetahui kisah kemelut rumah tangga Bella.

“Kes Bella, saya diantara yang terawal tahu cerita tapi tidak pernah nak masuk campur. malah saya ada untuk dia.

“Tidak mungkin saya nak buat video untuk menyindir kawan baik saya sendiri @bellaastillah .

“Content ini hanya gurauan semata mata between me and my husband @mohdafiqhazman . Jangan sesuka hati semudah itu untuk menghukum. Fikir dulu sebelum bercakap,” tulisnya.

Difahamkan, video itu telah dibuat dan dimuat naik ke media sosial sebelum isu-isu berkenaan timbul.

Terdahulu, tular sebuah video yang memaparkan Aprena seolah membuat ‘content’ dia memberi kenyataan ketika ditemu bual oleh media sehingga mendapat reaksi kurang senang sesetengah netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Letak Recorder Dalam Kereta Sejak…” – Bella Astillah Dedah Ada Bukti Perbualan Jijik Antara Aliff Aziz, Ruhainies

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Dah Penat Sebenarnya” – Bella Astillah Terkejut Aliff Aziz Enggan Bercerai

ARTIKEL BERKAITAN: “Bella Seorang Yang Ceria Tapi Banyak Sembunyi Masalah – Puteri Sarah

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Video Di Mahkamah, Rakan Selebriti Titip Semangat Buat Bella Astillah – “Awak Berhak Untuk Bahagia”

ARTIKEL BERKAITAN: “Ini Mungkin Yang Terbaik” – Bella Astillah Fail Cerai Secara Ekspres Terhadap Aliff Aziz

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Lelaki & Pelakon Wanita Ditangkap Khalwat

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 6 Dec 2018

Cassidy La Creme Jatuh Cinta Dengan Lelaki Melayu?

Ehem… siapa agaknya jejaka bertuah tu kan?

Featured Fri, 23 Jul 2021

“Kenapa Kaitkan Nama Orang Yang Tak Terlibat..”- Neelofa Persoal Tindakan Caprice Kaitkan Nama Rakan Artis Lain

Isu antara pendakwah bebas, Ebit Lew dan penyanyi rap, Caprice masih belum menemui jalan penyelesaian. Umum maklum ketika sidang media Ebit Lew dilakukan secara live, Ebit Lew telah menjawab pelbagai persoalan dan fitnah yang dilontarkan […]

Featured Fri, 20 Jan 2023

Mohon Maaf Atas Segala Kesalahan, Fasha Sandha & Suami Berangkat Ke Makkah Tunai Umrah

Pelakon cantik Fasha Sandha bersama suaminya, Aidil Aziz berkongsi hantaran di Instagram bakal berangkat ke Tanah Suci Makkah.   View this post on Instagram   A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) Menerusi perkongsian Fasha, […]

Featured Fri, 1 Sep 2023
Hiburan Mon, 12 Jun 2023
Featured Fri, 23 Sep 2022

Portal Berita Sosial Bahasa Cina, Tantannews Kini Bersama REV Media Group!

Wahh menarik ni! Kalau korang tahu bahasa Cina, macam-macam berita boleh dapat dari Tantannews tau 🤓