Arif Jiwa Bakal Saingi Populariti Tok Ti?

Wajah comelnya sentiasa ditunggu-tunggu oleh semua! Usianya baru sahaja menginjak setahun, tetapi kehadiran Arif Jiwa Asyaf dilihat bakal memberi saingan dalam ‘mencantas’ populariti Datuk Seri Siti Nurhaliza!

Semua sedia maklum, Arif Jiwa merupakan cucu tiri kepada penyanyi tersohor itu. 

Dengan seramai 388 ribu pengikut di laman Instagram, tidak hairanlah jika Arif antara bintang muda yang bakal bersinar tak lama lagi.

Tambahan, anak kepada pasangan Asyraf Khalid dan Tya Arifin baru sahaja memenangi sebuah trofi dalam anugerah, baru-baru ini.

Lepas dah menang anugerah, sudah pasti banyak jenama atau produksi yang ‘mengintai’ Arif untuk menjadi duta atau berlakon kan? 

Kata Asyraf kepada salah satu portal hiburan tempatan, sekiranya ada tawaran mendatang, beliau tidak menghalang dan menyifatkan ia sebagai rezeki untuk Arif. 

” Pada saya okay sahaja kerana orang lain mungkin tak dapat peluang yang sama.

”  Tetapi keterbukaan itu bergantung kepada apa yang sesuai untuk Arif mungkin seperti program realiti, iklan atau program yang singkat,” katanya.

Apapun, untuk si pipi pao (gelaran untuk Arif di laman Instagram), kami doakan awak jadi anak soleh dan berjaya ya. Good luck sayang! 

SGMS Faida