Armin Dilarang Dekati Ziana Zain Dan Anak-Anak

Tiga bulan lalu, selepas didakwa mencederakan anaknya, akhirnya hari ini Mahkamah Majistret Shah Alam telah mengekalkan syarat melarang suami penyanyi popular Ziana Zain menemui anak-anak yang didakwa mencederakannya.

Majistret Raja Noor Adilla Mahyaldin memutuskan demikian kerana sudah tertakluk dengan syarat jaminan yang dibenarkan oleh pihak mahkamah sebelum ini. Selain itu, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53 bagaimana pun diperintah supaya tidak mendekati pengadu sepanjang kes perbicaraan kes itu.

Namun, Raja Noor Adilla juga bagaimana pun tidak membuat keputusan mengenai kebenaran menemui tiga anak tertuduh yang lain kerana perkara itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. 

Armin yang diwakili peguam Mohd Rizal Bahari mengemukakan permohonan itu secara lisan dengan menyatakan hasrat mahu menemui anaknya. 

Dan, sebutan semula kes juga telah ditetapkan iaitu pada 27 Jun depan. 

Armin dan Ziana Zain berkahwin pada 1998 dan telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu, Muhammad Aiman,19 , Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

Salma Syahbuddin