Apa Di Dapur Bersama Chef Imelda Harris

Ringkas, Cepat dan Lazat! Bahan-bahan pun tak sukar mencarinya…hari ini Chef Imelda Haris akan kongsi cara bikin Nasi Goreng Telur Bilis, sesuai sebagai santapan si bujang di luar sana. Untuk yang ada anak kecil, tak salah juga kalau korang hidangkan menu ini! Selamat Mencuba…

Gambar sekadar hiasan

Nasi Goreng Telur Bilis

Bahan – bahannya:

2 cawan nasi sejuk

1 biji bawang merah – kisar

3 ulas bawang puteh – kisar

1 sudu kecil stock ayam pekat

2 biji telur

½ cawan ikan bilis goreng garing

Minyak untuk menggoreng

Sedikit garam dan lada hitam

Cara-Caranya:

Bawang putih dan bawang merah ditumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau. Kemudian tambahkan stok ayam.

Masukkan nasi dan gaul rata. Pecahkan telur dan gaul sebati. Perisakan dengan garam dan lada. Taburkan ikan bilis garing sebelum dihidang.

Kecur air liur kan terbayang? Selamat Mencuba dan Berbuka semua!

 

SGMS Faida