“’Arwah’ Dah Tenang Dengan ‘Bidadari Syurga’” – Hantaran Curi Perhatian, Rita Rudaini Tempelak Siapa?

Baru-baru ini, pelakon jelita Rita Rudaini memuat naik sebuah hantaran di Instagramnya mengenai pertanyaan orang ramai yang sering diterimanya.

Apa yang menarik perhatian, Rita seperti memberi bayangan hantaran tersebut berkenaan dengan hubungannya bersama bekas suami dan menggelarkannya sebagai ‘si arwah’.

“Sikit-sikit nak tag ‘si arwah’, sikit-sikit tanya ‘si polan tak datang tengok ke?’. Adoiii dah-dah la tu korang pun.

“Kenapa? Sebelum ni pernah nampak arwah berjasa or buat apa-apa jasa ke untuk dorang? Tak ada kan.

“14 tahun dah. Dah berbulu dan berjanggut… so tak payah la noo… nak bersua di akhirat… itu pun kalau dapat cari la.

“KAMI DAH CUKUP BAHAGIA DAN TENANG SEKARANG,” tulisnya.

Pada hantaran lain, Rita menegaskan bahawa ‘arwah’ dah lama tiada dan berkemungkinan tenang dan bahagia dengan ‘bidadari syurga’

“Arwah dah lama tak ada… dah laa tak payah disebut-sebut. Biarkan laaa.

“Mungkin arwah dah tenang dan bahagia di sana dengan bidadari ‘syurga’ mungkin?

“Arwah dulu baik orangnya, kita yang ‘hidup’ lagi ni kena teruskan kehidupan,” katanya lagi.

Atiqah Johari