#ASK2018: Selesa Gandingan Dengan Syafiq Kyle, Amyra Tak Sabar Tunggu Nur 2

Pelakon drama rantaian terbaik, Amyra Rosli teruja untuk kembali ke set penggambaran drama Nur 2 tidak lama lagi.

Amyra ketika ditemui pada malam Anugerah Skrin (ASK) 2018 mengaku dia selesa bekerjasama dengan pelakon Syafiq Kyle yang merupakan teraju utama Nur 2.

“ Saya juga teruja nak bekerjasama kembali dengan keluarga produksi Nur 2. Drama Nur meninggalkan impak besar dalam kerjaya seni saya. 

“ Pengorbanan selama ini akhirnya berbayar dengan kejayaan malam ini,” katanya.

Dalam masa sama, isteri kepada pelakon Amar Baharin bersyukur drama arahan Shahrulezad Mohameddin menang besar pada ASK kali ini. 

Drama Nur juga turut memenangi Drama Rantaian Terbaik (kategori bahasa Melayu).

Dalam perkembangan lain, Amyra kini sibuk di lokasi penggambaran drama rantaian 28 episod Ku Kejar Cinta Kamu.

SGMS Faida