#ASK2018: Terima Kasih Da’I Hamidah Atas Tajuk ‘Luar Biasa’

Drama Pendosa Ingin Ke Syurga terbitan Suhan Movie & Trading Sdn Bhd diangkat sebagai Drama Terbaik pada Anugerah Skrin 2018 (ASK2018) yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam. 

Pemiliknya, Datuk Rosyam Nor amat berterima kasih kepada pemenang Da’i musim ketiga iaitu Da’i Hamidah atas cetusan idea tajuk ‘Pendosa Ingin Ke Syurga’.

“ Saya berterima kasih kepada individu yang terlibat dalam drama ini antaranya pengarah Rashid Sibir yang turut menang kategori Pengarah Terbaik menerusi drama ini.

“ Selain itu, Da’I Hamidah juga yang memberikan ideal asal untuk tajuk drama ini, terima kasih,” katanya ketika ditemui sejurus pengumuman pemenang Anugerah Skrin 2018 di Dewan Merdeka, PWTC semalam.

Tambah Rosyam, kelainan jalan cerita drama ini mungkin antara faktor drama ini diangkat sebagai antara yang terbaik.

“ Jalan cerita pendosa ingin ke Syurga yang berbeza mungkin antara faktor yang membuatkan drama ini terpilih sebagai drama terbaik.

“ Dalam drama itu, watak saya yang berkahwin dengan anak sendiri dan anak saya adalah cucu saya sendiri meninggalkan mesej yang besar terhadap penonton di luar sana,” katanya.

SGMS Faida