Categories: FeaturedGaya Hidup

Kafe Starbucks Pertama Berkonsepkan Kontena Ini Memang Cool Habis!

Konsep kafe mahupun hotel menggunakan kontena bukan lagi sesuatu yang baru. Ia menjadi sebahagian daripada gaya hidup masa kini yang bercirikan hipster. Iaitu tafsiran kepada kehidupan penuh gaya, seni, falsafah, kesusasteraan dan muzik cetusan ideologi golongan urban Bohemian.

Terbaru, syarikat arkitek dari Jepun Kengo Kuma and Associates telah bekerjasama dengan Starbuck buat kali pertama untuk menghasilkan kafe kontena Starbucks. Projek artistik ini diwujudkan di Hualien, Taiwan.

Foto: Shout

Hualien Bay Mall Starbucks terdiri daripada 29 kontena yang meliputi ruang seluas 3,444 kaki persegi beserta rekaan dua tingkat. Bagi menaikkan seri serta gaya moden minimalis, kontena ini telah dicat putih dan disertakan dengan penggunaan kaca yang lebar.

Rekaan dalam Starbucks ini dihiasi dengan rekaan mural oleh Kego Kuma sendiri bermotifkan kehidupan kaum asal Taiwan iaitu Amis. Syarikat ini juga meletakkan pemandangan gunung yang berdekatan pada hasil seni kedai ini.

Mungkinkah rekaan Starbuck yang super cool ini, dapat dilihat di Malaysia suatu hari nanti? Mesti best kan!

Foto: news cnyes

Sumber: Digital Trends

Yanie Baharom