Awww…Romantiknya Video Ucapan Fazura Buat Suami

Manis dan cukup romantis! Itu antara komen-komen netizen yang ditinggalkan di laman Instagram milik selebriti terkenal, Fazura.

Semalam, pelakon Manisnya Cinta Di Cappadoccia itu memuat naik sebuah video yang menceritakan perjalanan cintanya bersama suami tersayang, Fattah Amin.

Video berkenaan dibuat sempena dengan hari ulang tahun Fattah Amin ke 28 tahun itu menerima hampir 700,000 tontonan.

Saya kehilangan bapa tercinta 18 tahun lalu pada tarikh ini iaitu 14 September.

“ Allah SWT menghantar si dia, insan yang sentiasa mewarnai dunia dengan kebaikannya. Seseorang yang telah ‘mencuri’ hati saya buat selamanya.

“ Dia dihantar untuk melindungi dan menyayangi saya seadanya. Tiada kata dapat menggambarkan bagaimana sayangnya saya terhadap dia. Terima kasih kerana menyayangi dan selalu ada untuk saya.

“ Sayang awak selamanya. Selamat Hari Jadi Sayang, my Hubsbaby,” tulis Fazura di Instagram.

Difahamkan, Fazura kini berada di Kota New York atas urusan kerja.

Selamat Hari Jadi Fattah Amin! Jangan lupa undi pasangan selebriti ini untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 di laman web rasmi ABPBH, www.abpbh.com.my.

SGMS Faida