Featured By: Aqilah Paharuzi April 17, 2023 @ 5:43pm

Azhan Rani Terngiang Jeritan Fasha Sandha, Akui Masih Trauma – “Babak Selepas Insiden Itu Aku Buat Dalam Keadaan…”

Pelakon, Azhan Rani mengakui masih trauma atas insiden yang berlaku ketika menjalani penggambaran telemovie Anak Tuan.

Ia ekoran kecederaan yang dialami oleh aktres jelita, Fasha Sandha yang terhentak di bucu katil sehingga cedera parah di mata kiri ketika menjalani penggambaran tersebut.

Menerusi hantaran di Instagram, Azhan berkata jeritan Fasha masih jelas terngiang-ngiang di telinganya.

“Sejujurnya, aku sendiri tak kuat untuk menonton drama ini. Trauma dan jeritan dia (Fasha) segar dalam kepala aku. Tak perlu playback video pun masih jelas semua tu dalam kepala.

“#AnakTuan beri aku seribu kenangan yang tak mungkin dapat aku padam. Kemalangan yang berlaku dan sakit yang ditanggungnya adalah diluar jangkaan kami dan sangat aku kesali,” katanya.

Di kesempatan itu, pelakon drama Nur ini turut sempat memuji Fasha seorang pelakon yang sangat komited dan berkaliber, meskipun perit menempuh ujian dalam kesakitan.

“Syukur segalanya dapat disempurnakan. Setinggi-tinggi hormat dan puji aku atas sikap positif beliau, reda dan komitmen yang sangat tinggi untuk menghabiskan telemovie ini,” ujarnya.

Jelas Azhan, dia hampir menarik diri daripada menyambung telemovie Anak Tuan ini dan turut menjelaskan segala babak selepas insiden tersebut dilakukan dalam keadaan takut dan trauma.

“Walau sejujurnya aku dah fikir nak tarik handbrake (tarik diri) je lepas kejadian itu. Babak-babak selepas insiden itu sebenarnya paling susah aku buat sebab aku buat dalam keadaan takut dan trauma.

“Mohon sama-sama doakan Fasha Sandha terus sihat dan dimurahkan rezeki. Semoga terus maju jaya,” tulisnya.

Terdahulu, Fasha cedera parah di bahagian mata kiri sehingga bengkak dan tulang patah akibat terhentak di bucu katil ketika menjalankan penggambaran telemovie Anak Tuan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 5 Nov 2019
Trending Tue, 29 Jan 2019

McDonald’s Celebrates Chinese New Year by Visiting Over 60 Old Folk’s Home

That’s how one should showcase the true meaning of Prosperity.

Trending Tue, 12 Jun 2018

爸妈没出过国 女儿画了「史上最强出入境攻略」

对于英文不好,又从来没有出过国的人来说,第一次出国是很麻烦的事情,特别是出入境的时候。

Hiburan Wed, 28 Aug 2019

Jasmine Suraya Chin Teruja Dalam ‘Back To You’

Bangsa, Agama dan budaya perlu dihormati dan diangkat oleh kita, Rakyat Malaysia!

Trending Tue, 14 Jul 2020
Hiburan Mon, 25 Mar 2019

Peminat Sanggup Beratur Demi Harman Studio!

Selamat Datang Harman Studio Ke Malaysia!