Azhar Sulaiman Dedah Anak Tak Perlu Menyelinap Untuk Keluar Pergi Clubbing

Pelakon Azhar Sulaiman mendedahkan anak-anaknya, Kasih Iris Leona, Kasih Leia Ixora dan Andika Rees Pahamin tidak perlu menyelinap keluar dari rumah sekiranya mereka mahu keluar pergi ke kelab.

Ini kerana, ketiga-tiga anaknya itu sering sibuk dengan persatuan terutamanya Pandu Puteri sejak dari kecil sehinggalah dewasa apatah lagi aktiviti persatuan itu dihadiri bersama ibu mereka, Chempaka.

Menurut Azhar menerusi perkongsiannya di Instagram, jadual anak-anaknya terlalu padat dengan aktiviti dan persatuan ditambah pula dengan kelas tambahan dan tuisyen sehinggakan mereka kadang kala pulang ke rumah pada jam satu pagi.

“My kids tak pernah perlu sneaked out untuk pergi disco atau kelab. Sebab  mereka balik dari segala aktiviti persatuan Pandu Puteri dan segala tuisyen kadang-kadang sehingga pukul 1 pagi.

“Hidup mereka terutamanya Chempaka adalah makan , tidur dan persatuan. Nasib baik Rees tak boleh masuk Pandu Puteri, kalau tak mesti Chem angkut anak-anak pergi segala Jamboreee,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut teraju utama dalam filem Abang 92 ini memuji sikap dan tindakan Azhar melayan karenah anak-anaknya.

 

Sekadar info, Azhar Sulaiman dan Chempaka Emalin Pahamin mendirikan rumah tangga pada 23 Julai 1995 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Kasih Leaia Ixora, 23, dan dua anak kembarnya, Andika Rees Pahamin dan Kasih Iris Leona, 21.

Salma Syahbuddin