Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi September 9, 2022 @ 5:37pm

Azhar Sulaiman Mohon Maaf Pada Puteri Balqis, Teguh Berpegang Pada Prinsip Hidup – “Satu Perkara Bijak Untuk Tak Kongsi..”

Pelakon, Azhar Sulaiman, 51, tampil memohon maaf secara terbuka kepada aktres remaja, Puteri Balqis, 15, atas pendapat peribadinya berhubung pendedahan berani mati remaja berkenaan baru-baru ini.

Bapa kepada pempengaruh, Kasih Iris Leona, 20, memuat naik sebuah hantaran di Instagram miliknya pada pagi tadi menjelaskan dia berpegang kepada beberapa prinsip dalam kehidupan.

Azhar memetik petikan daripada penceramah selebriti terkenal, Ustaz Azhar Idrus yang mendorong umat Islam untuk menjaga aib mereka.

“Salam Jumaat semua. Saya ingin mohon maaf kepada semua yang marah sangat kepada sya sejak dua tiga hari ni.

“Apapun saya berpegang kepada:

“1. ‘Wajib bagi seorang Islam untuk menjaga Aibnya sendiri dan orang lain’ – Ustaz Azhar Idrus

“2. ‘Regardless you Agama apa, it is a smart thing Not To Share Your Family Secret Openly’ – Mami Azhar Sulaiman

3. When it comes to masalah maruah diri dan keluarga, selesaikan ia mengikut cara yang betul

Dalam pada itu, Azhar berkata dia prihatin terhadap Puteri Balqis dan memohon maaf telah menguris hatinya.

4. Aqish, Uncle Har cares and love you and I am sorry I have hurt your feelings

5. Semoga Segala Urusan Aqish & Family akan Allah SWT permudahkan

“The end,” tulisnya.

Terdahulu, nama Azhar Sulaiman heboh di serata media sosial gara-gara memberi enam pandangan peribadi berhubung kes gangguan seksual Puteri Balqis telah mengundang pelbagai reaksi netizen yang bercanggah pendapat.

Artikel Berkaitan: Isu Dedah Gangguan Seksual Secara Umum, Puteri Balqis Selar Azhar Sulaiman

Artikel Berkaitan: Diserang Netizen Gara-Gara Bapa ‘Tegur’ Puteri Balqis, Anak Azhar Sulaiman Tampil Bersuara – “Kami Tak Sependapat!”

Artikel Berkaitan: Beri Pandangan Peribadi, Azhar Sulaiman Tak Setuju Cara Puteri Balqis – “Dia Masih Budak, Tak Ada Siapa Nasihat Dulu?”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 6 Feb 2019

Sufian Suhaimi Tampil Jawab Isu Gambar Intim

Jangan cepat melatah wahai peminat-peminat Sufian Suhaimi!

Featured Mon, 21 Nov 2022

“Bila Dia Puji Masakan Hari Saya Sangat Indah, Tak Perlu Benda Lain” – Puteri Sarah

Alahaii, sebaknya 🥺 Suami bila puji masakan kita memang auto ke bulan kan 🤩

Hiburan Sun, 3 Feb 2019

Fesyen Selebriti Di Karpet Merah AJL 33, On Ke Tak On?

Manis-manis & segak belaka barisan artis yang lalu di karpet merah AJL 33, malam ni…

Hiburan Tue, 10 Sep 2019
Hiburan Mon, 18 Nov 2019

陶晶莹直呼:演唱会前有彩蛋!新歌单追加7首曲目宠粉

出道29年的陶晶莹(陶子)来马来西亚举办大型售票「陶晶莹的1999年演唱会」,消息公开后再加上她本人亲自来马宣传为演唱会「助攻」,粉丝狂扫票。

Hiburan Thu, 2 Aug 2018

Sakit Belakang Tak Halang Hafiz Bergelar Mentor

Hafiz memberitahu dia percaya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Biarpun Hafiz mengalami sakit tulang belakang sejak tiga lalu, undangan menyanyi tetap ada.

error: Content is protected !!