Azira Shafinaz Pernah Alami Slip Disc – “Saya Tetap Berhati-hati”

Penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz mendedahkan dia pernah mengalami sakit slip disc sejak 2014 akibat terjatuh tangga. mengakui lebih berhati-hati ketika melakukan pergerakan lasak.

Menurut Azira, dia perlu lebih berhati-hati dalam melakukan sebarang pergerakan agar kesakitan tersebut tidak kembali.

“Saya disahkan mengalami slip disc sejak 2014 selepas jatuh tangga. Setelah melakukan rawatan, kesakitan yang dialami pulih sepenuhnya.

“Dulu, kesannya sangat teruk, sampai sukar untuk berjalan dan luruskan badan. Saya lebih banyak duduk.

“Meskipun kesakitan itu sudah tiada, saya tetap berhati-hati dan menjaga pergerakan, terutama ketika melakukan aktiviti lasak,” katanya.

Memetik laporan Utusan Malaysia, penyanyi lagu Panas itu lebih banyak melakukan rawatan fizikal untuk sembuh tanpa pembedahan.

“Doktor tidak sarankan saya melakukan pembedahan. Katanya slip disc yang saya alami tidak teruk.

“Saya banyak melakukan fisioterapi dan rawatan akupunktur. Alhamdulillah, ia berhasil menyembuhkan kesakitan,” kongsinya.

Sumber: Utusan Malaysia

Fatin Nurain