Poster Konsert Dihadiri Aiman Tino Jadi Bualan, Netizen Kata Macam Hebahan Orang Hilang

Baru-baru ini tular sebuah hantaran mengenai sebuah karnival yang dianjurkan di Lahad Datu, Sabah.

Menerusi hantaran tersebut dipaparkan helaian poster karnival berkenaan yang menampilkan penyanyi Aiman Tino sebagai artis yang bakal membuat persembahan pada karnival tersebut.

Namun apa yang membuatkan hantaran tersebut tular adalah kerana rata-rata warganet terhibur dengan rekaan poster tersebut yang seakan-akan poster ‘orang hilang’.

“Dah tahun 2022 dah kot. Takkanlah dekat Sabah tu tak ada graphic designer? Dah macam orang hilang,” tulis seorang pengguna di ruangan kapsyen perkongsian tersebut.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur mereka apabila melihat rekaan poster tersebut kerana seolah-olah Aiman Tino ‘hilang’.

Menjengah ke ruangan komen, ramai meluahkan rasa yang sama dengan mengatakan poster tersebut ibarat poster orang hilang, malah ada juga yang memberi pendapat bahawa itu adalah strategi penganjur untuk menarik orang ramai.

Sumber: Twitter @_AmranFans

Khairil Khusyairi