Tak Mahu Digelar Lupa Diri, Aya Amiruddin Jaga Peminat Dengan Cara Tersendiri

Pempengaruh Aya Amiruddin mengakui dia sudah mula kurang membuat ‘content’ selepas menerima banyak tawaran lakonan semenjak penglibatannya dalam industri seni tanah air.

Menurut Aya, biarpun jadualnya kini terlalu padat dengan penggambaran, dia tetap cuba membuat kandungan bagi mengubati kerinduan peminatnya.

“Sebenarnya agak mencabar sebab semua orang tanya kenapa tak banyak content dah. Sejujurnya, sekarang ni sangat-sangat susah since jadual sangat padat, jadi bila nak buat content tu tiada masa.

“Saya tahu saya mula dari content creator. Jadi saya cuba juga buat beberapa content dalam seminggu. Sebab tak boleh lupa daripada mana kita bermula,” katanya ketika ditemui XTRA.

Menyedari perkara itu, pempengaruh itu juga menyatakan kebimbangannya jika dia kehilangan pengikut di media sosial dek kerana kesibukkannya dalam mencipta nama dalam industri.

“Saya takut juga kehilangan followers tu, sebab tanpa dorang, saya tak berada di sini sekarang. Jadi, sebab tu saya akan cuba sedaya upaya untuk buat content sekurang-kurangnya dua atau tiga kali seminggu,” jelasnya.

Biarpun kini namanya sudah mula meningkat naik, Aya tetap mengakui dia tidak mahu digelar lupa diri sebaliknya dia akan meluangkan masa dengan orang di sekelilingnya sebaik mungkin.

“So far, Alhamdulillah ssebab saya pun jenis macam kalau saya ada masa saya akan cuba luangkan masa dengan keluarga dan kawan.

“Kalau orang jumpa saya kat luar pun saya memang akan buat orang tu macam dah kenal bertahun-tahun. Alhamdulillah, takdalah orang kata yang saya ni lupa diri,” katanya.

 

Fatin Nurain