Azrinaz Kongsi Saat Melahirkan Areesya Malaykha

Bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim hari ini berkongsi dengan netizen, video saat-saat melahirkan puterinya dalam satu entri instagramnya sebagai kenang-kenangan. Kelihatan Azrinaz sendiri yang memotong tali pusat anak perempuannya itu. 

Anak pertama pasangan Azrinaz dan Fairos Khan Abdul Hamid ini  diberi nama Areesya Malaykha.  Menurut Azrinaz, Areesya bermaksud ‘tinggi dan kuat’, manakala Malaykha pula bermaksud ‘malaikat’. 

Baca:Permata Hati Azrinaz

 

“Saat saya menjadi ibu kembali. Bersalin secara normal buat kali ketiga. Alhamdullillah. Perasaan yang tak dapat dilupakan. Sudah tentu, sakitnya tidak terkata tetapi ia tak mungkin sebegitu mudah tanpa sentuhan dan bakat pakar sakit puan saya Doktor Sue Salleh (Datin Dr Suhaiza Salleh) yang sangat berpengalaman,” tulis Azrinaz. 

Terdahulu, Azrinaz mempunyai dua orang anak hasil dari perkongsian hidup bersama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah iaitu, Pengiran Muda Abdul Wakeel, 13, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 11. 

Baca: Hamil Kali Ketiga, Tahniah Azrinaz Mazhar Hakim!

Rata-rata netizen berasa sungguh terharu dengan perkongsian ‘intim’ Azrinaz ini. 

 

Semoga Areesya Malaykha membesar secantik dan sepandai  ibunya. 

Del14