Hiburan By: Fatin Nurain September 23, 2023 @ 4:10pm

Babak Janna Nick Tarik Kain Pelekat Andi Bernadee Dalam Melastik Ke Hatimu 2 Buat Ramai Berdekah

Pelakon dan penyanyi Andi Bernadee tampil mencuri perhatian dalam kalangan peminat selepas melihat ‘behind the scene’ drama bersiri TV3, Melastik Ke Hatimu 2 lakonannya bersama aktres Janna Nick.

Menerusi perkongsian di TikTok, Andi telah memuat naik momen belakang tabir babak Haura lakonan Janna, menarik kain pelekat Ziyyad yang sedang merajuk.

Spontan mengendalikan situasi tersebut, Andi terus menyentap kain pelekat yang dipakainya untuk melepaskan dirinya dari usikan Janna.

@andibernadee2020 #melastikkehatimu2 ♬ original sound – andi bernadee

Terhibur melihat gelagat kedua-dua pelakon itu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya di ruangan komen.

Malah, ada sesetengah peminatnya yang terhibur dengan gelagat Andi yang dikatakan kelakar meskipun sedang serius.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 8 Jan 2018

DATUK HANS ISAAC DAN NEELOFA KELUAR BERSAMA?

Adakah Neelofa ingin menyembunyikan sesuatu selepas mereka dipertemukan semula dalam program rancangan bual bicara itu. Apa sahaja difikiran netizen, yang pastinya pasangan ini sudah tidak janggal untuk keluar bersama setelah sekian lama.

Hiburan Mon, 11 Dec 2017

Kenapa Artis Nak Sembang Pasal Politik?

Qi Razali tampil memberikan pandangan beliau menerusi Twitter mempersoal kenapa orang seni perlu bersuara tentang isu politik negara

Hiburan Thu, 8 Sep 2022

[VIDEO] Harry Styles Didakwa Meludah Chris Pine

Kalau tengok macam betul je Harry ludah Chris. Kesian dia…

Hiburan Sat, 21 Dec 2019

Takziah, Remy Ishak Kehilangan Ayah Tersayang…

Innalillah wa inna ilaihi roji’un…

Hiburan Mon, 21 Oct 2019
error: Content is protected !!