“Baik Kau Bertudung Lah Betina” – Dicerca Berwajah Hodoh, Shikin Maembong Berang Jadi Mangsa Buli Siber… Bakal Ambil Tindakan Saman

Usahawan yang juga isteri kepada penyanyi dan komposer Cat Farish iaitu, Shikin Maembong meluahkan rasa tidak puas hatinya apabila dicerca berwajah hodoh oleh segelintir netizen.

Katanya, dia bakal mengambil tindakan saman terhadap mana-mana individu yang meninggalkan komen kesat kepadanya.

“Orang macam ni tunggu surat saman ye… Ingat polis tak boleh detact ke kau siapa?,”katanya.

Dalam pada itu, menerusi tangkap layar yang dikongsikan semula di Instastory, Shikin atau nama penuhnya, Siti Nur ‘Ashikin Ismail, 40, kelihatan mendedahkan komen yang ditinggalkan oleh individu terbabit.

“Dah tahu muka hodoh, baik kau bertudug lah betina,” tulis individu berkenaan.

Enggan mengambil mudah terhadap perbuatan buli siber, Shikin bakal mengambil tindakan lanjut dengan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Tak tahulah apa yang individu ini marahkan sangat, I had enough dengan orang yang nak buli saya.

“Tunggu saya ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk buat report ya,” jelasnya.

Sebelum ini, Shikin juga pernah menerima mesej langsung dari seorang individu yang menggelarnya sebagai cacat.

Terdahulu, Shikin Maembong pernah berkongsi bahawa dirinay menderita masalah saraf atau Bell’s Palsy sejak 12 tahun lalu.

Salma Syahbuddin