Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir June 23, 2023 @ 6:37pm

Bakal Dinikahkan Malam Ini, Ibu Shuib Dedah Watie Mirip Arwah Siti Sarah

Ibu kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Salamiah Jalani bersyukur anak lelakinya terbuka hati untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi selepas pemergian isteri, Siti Sarah pada dua tahun lalu.

Memetik laporan Gempak, Salamiah memberitahu Shuib sukar untuk menerima wanita lain dalam hidupnya selepas bergelar bapa tunggal kepada empat orang anak.

“Alhamdulillah bersyukur sangat sebab Shuib dah terbuka hati terima orang lain dalam hidupnya sekaligus menggantikan ibu untuk anak-anaknya.

“Sebelum ini tidak dinafikan dia tidak yakin untuk berumah tangga lagi kerana dia bukan sahaja memikirkan sahaja malah anak-anaknya juga.

“Saya nasihatkan kalau dapat pasangan yang baik apa salahnya. Ternyata Watie seorang wanita yang baik serta bersabar dengan anak-anak,” ujarnya.

Sementara itu, ibu Shuib mendedahkan Watie mempunyai banyak persamaan dengan arwah Siti Sarah.

“Ciri-ciri Watie ni sebenarnya banyak persamaan dengan arwah (SIti Sarah). Iyalah saya pun bukan orang yang baik kalau saya tak suka saya terus je marah tapi dia macam arwah kalau kita marah dia masih lagi datang kepada kita dan meminta maaf.

“Sikap lucu lain yang sama dengan arwah adalah Watie ni pelupa. Kalau tengok telefon tu dia akan fokus sampai tak peduli orang panggil. Tapi saya selalu ingatkan dia tak boleh begitu.

“Lagi satu apa yang sama adalah dia seorang yang suka melayan saya setiap kali datang ke rumahnya. Seperti arwah juga kalau saya teringin hendak makan apa-apa, dialah orang yang sibuk akan dapatkan atau masakkan untuk saya.

“Saya harap hubungan mereka ini berkekalan dan mereka hidup bahagia,” katanya.

Majlis pernikahan Shuib dan Watie bakal diadakan di Shah Alam pada Jumaat malam ini.

Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan dalam majlis tertutup pada 6 Mei lalu.

Untuk rekod, Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 2 Aug 2023
Trending Thu, 18 Jul 2019
Featured Thu, 14 Dec 2023

Zayn Rayyan Dipercayai Masih Hidup Pada 5 Disember Selepas 5 Jam Dilaporkan Hilang

Allahu, apalah agaknya kisah sebenar disebalik pembunuhan adik Zayn Rayyan ni😥

Hiburan Wed, 11 Aug 2021

“Shuib Datang Melutut Depan Saya, Dia Kata Siti Sarah Dah Tak Ada…” – Kehilangan Anak, Raissuddin Hamzah Rasa Sepi

Penyanyi veteran dan bapa kepada Allahyarham Siti Sarah, Raissuddin Hamzah berkongi momen sayu ketika dirinya dimaklumkan mengenai pemergian anak tersayang. Menurut Raissuddin, berita sedih terbabit disampaikan oleh menantunya, Shuib. “Bila momen terbabit berlaku, saya tak […]

Hiburan Wed, 10 Aug 2022

Gabung Elemen Etnik Jawa & EDM, Aisha Retno Memperkasakan Wanita Dengan Sutera

Sutera lagu Aisha Retno yang memperkasakan kaum wanita.

Hiburan Mon, 30 Jul 2018

Watak Lum ‘Ringankan’ Filem Yang Berat

Alvin Wong menghidupkan watak Lum dengan menjadikannya sebagai seorang yang kelakar, positif dan bersemangat. Macam dirinya juga!

Trending Fri, 18 Feb 2022

#RoadToAJL36 – Sering Sertai AJL, Tapi Tak Ada Rezeki Menang… Ada Yang Sampai 7 Kali Join!

Bahang Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) semakin dirasakan! 12 lagu yang bertanding pada 6 Mac 2022 ini bakal merebut gelaran juara dan pastinya ramai yang tak sabar menantikan anugerah muzik tahunan yang berprestij ini! […]

Featured Wed, 29 Nov 2023

Bakal Tamatkan Zaman Janda, Ibu Ashraf Sinclair Restu Perkahwinan BCL & Tiko Aryawardhana

Beruntungnya BCL dapat ibu mentua macam ibu Ashraf❤️🌹

error: Content is protected !!