Hiburan By: Padin November 13, 2023 @ 12:58pm

Bakal Duet Dengan Jamal Abdillah Kutip Dana Bantu Tabung Palestin, Nash Harap Radio Putarkan Lagu Ya Maulana

Penyanyi legenda, Datuk Nash, 64, berharap stesen radio dapat memutarkan lagu nyanyiannya bersama kumpulan Lefthanded berjudul Ya Maulana.

Menurut pemilik nama Nashruddin Elias ini, lagu itu membawa mesej mengenai peperangan seperti yang sedang melanda Palestin ketika ini dan ia diterbitkan sekitar tahun 1990-an itu

“Lagu ini membawa mesej yang sangat bermakna dengan situasi peperangan seperti berlaku ketika ini dan ia sesuai dimainkan untuk dihayati ramai. lagu Ya Maulana dihasilkan bagi memperingati Nakbah iaitu peristiwa pengusiran rakyat Palestin sejak tahun 1948.

“Sebenarnya, lagu ini sudah lama diterbitkan pada tahun 1993 dan berkaitan dengan kemelut peperangan. Mungkin ramai yang kurang tahu kerana ia dimuatkan dalam album dan tidak menjadi single utama yang mendapat tumpuan. Jadi, saya berharap lagu ini mendapat perhatian kerana ia kena dengan situasi semasa,” katanya.

Nash ditemui pada sidang media Makan Malam Amal PLG dan Konsert Mini Datuk Jamal Abdillah, baru-baru ini.

Sementara itu, Nash bakal menjadi artis undangan dalam Makan Malam Amal Kaseh PLG dan Konsert Mini anjuran Meem Planet Resources, bagi mengumpul dana untuk membantu tabung Palestin, pusat tahfiz dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Insya-Allah, saya bakal berduet dengan Jamal dalam konsert mini ini. Kemungkinan besar kami bakal berduet lagu yang mempunyai mesej dan kena dengan keadaan sekarang seperti Kepadamu Kekasih pada malam itu nanti.

“Ini merupakan salah satu cara kami barisan artis untuk membantu mereka yang memerlukan, jadi saya berharap acara ini mendapat respons positif orang ramai,” katanya.

Selain Jamal dan Nash, Makan Malam Amal PLG dan Konsert Mini yang bakal berlangsung pada 22 Disember 2023 di Hotel Royal Chulan Seremban itu turut disertai oleh Azlan & The Typewriter dan Eka Sharif

Untuk info, harga tiket boleh didapati serendah RM400 (Bronze Seat) dan RM800 (Silver Seat) buat mereka yang membeli secara individu.

Pembelian boleh dibuat menerusi panggilan telefon Pembelian boleh dibuat menerusi panggilan telefon 013-2777009 Kamal / 019-6081325 Haiqal / 019-6081326 Ziera/ 011- 10751801 Syeida / 012-3330938 Manja.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Mar 2019
Featured Mon, 13 Mar 2023
Hiburan Thu, 2 Nov 2023
Hiburan Thu, 18 Jan 2024

Pernah Merajuk Dengan Industri Seni, Nadiya Nisaa Mahu Undur Diri? Mujur Rakan Artis Beri Teguran & Hadiahkan Karya Menarik

Alaa… janganlah undur diri, peminat ramai tau yang suka tengok Nadiya berlakon!

Featured Fri, 31 Mar 2023

Bawa Watak Penyondol? Puteri Sarah Harap Karakter Tak Terbawa Ke Kehidupan Sebenar – “Ni Memang Tahap Psiko!”

Uishh! Tak sabar nak tengok Sarah bawa watak penyondol. Mesti dia bagi all out punya🤚

Featured Sun, 11 Jun 2023

Disney In Concert: Live Your Dream Bakal Diadakan Di Genting Highlands!

Wahh Disney In Concert akan datang lagi Julai ni! 😍