Bakal Guna Khidmat Hakam, Puteri Sarah Tetap Pendirian Ingin Bercerai – ‘Tak Nak Jumpa, Tak Nak Sebilik.. Saya Penat!”

Pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana hadir ke sesi bersama Jawatankuasa Pendamai (JKP) untuk menyelasaikan konflik rumah tangganya bersama pengarah sensasi, Syamsul Yusof di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada pagi tadi.

Menerusi sebuah video temu bual di official hlive, Puteri Sarah tetap dengan pendiriannya untuk bercerai dan tidak mahu berdamai.

“Saya tak nak berjumpa, tak nak sebilik. Saya tegaskan disini saya masih dengan keputusan saya untuk bercerai.. Saya tak nak berdamai. Enough is enough. Saya penat. Saya cuma minta lepaskan saya.

“Saya ada berjumpa dengan ustazah. Saya cerita semuanya apa yang terjadi dari awal hingga akhir beserta dengan bukti. Saya dah penat dengan benda ni dah bertahun-tahun,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Puteri Sarah berkata sekiranya Syamsul masih tidak mahu melepaskannya, aktres drama Suri Hati ini akan menggunakan alternatif lain iaitu khidmat Hakam.

Terdahulu Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap isteri pertamanya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada Selasa.

Antara alasan yang dikemukakan Syamsul adalah mendakwa Sarah berlaku curang dengan bekas kekasihnya yang juga suami orang, meninggalkan rumah kelamin sejak oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul serta tidak memberi nafkah.

Susulan itu, Puteri Sarah telah memfailkan tuntutan hadanah atau penjagaan anak di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan ruamh tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu,  Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.

Sumber: officialhlive

Aqilah Paharuzi