Categories: HiburanSelebriti

Bakal Ibu Mertua Puji Nick Jonas Matang

Berita pertunangan bekas anggota kumpulan One Direction, Nick Jonas dan bekas ratu cantik dunia tahun 2000, Priyanka Chopra masih menjadi bualan ramai sehingga kini.

Menurut laporan E News, keluarga Nick juga telah terbang ke India untuk mengunjungi keluarga bakal besan mereka.

Ekoran perkara tersebut, Ibu Priyanka, Madhu Chopra telah memuji bakal menantunya dan menganggap Nick seorang lelaki matang.

“ Beliau sangat tenang dan kami suka padanya.

“Dia sangat bersopan santun dan menghormat orang tua,” ujarnya.

Pasangan ini dilaporkan bakal berkahwin tak lama lagi dalam suasana penuh gemilang dan perkahwinan bakal diadakan bertemakan tradisi India. 

Perkahwinan ini juga bakal digelar sebagai Wedding Of The Year. Tak sabar rasanya nak lihat aktres Bollywood jelita ini menyarungkan baju pengantin, pasti menawan!

SGMS Faida