Categories: LIFESTYLE

Tips Pilih Ketam Segar

Ketam antara makanan seafood yang sedap dimasak dengan pelbagai sos. Cangkerang atau kulit keras biasanya melindungi isi ketam yang manis. Jadi bagaimana ingin tahu sama ada ketam yang dibeli dan dimasak itu segar atau tidak. Jom lihat pengkongsian ini

  1. Beli ketam selepas bulan mengambang penuh kerana isi ketam yang ditangkap waktu ini adalah penuh
  2. Kesegaran ketam lihat dibelakang ketama iaitu tiga segi dibelakang . Jika masih kuat melekat maksudnya segar
  3. Kaki ketam melekat pada badan dan mata ketam masih ada lagi
  4. Bahagian bawah ketam segar kebiasaanya berwarna putih dan jika bertompok kurang segar
  5. Dari segi bau mestilah berbau laut kalau lain baunya maksudnya tidak segar

Bukan semua jenis ketam boleh dimakan oleh anda yang beragana Islam .
Ketam Batu adalah diharam kerana ianya dua alam

Sumber: Forum Mesra

SGMS Enal