Bakal Keluar Lagu Raya, Wak Doyok Bertubi-Tubi Kecam Suara Aliff Syukri – “Makhluk Dari Lubang Kubur Pun Boleh Terbangun…”

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mempersoalkan sebab lagu barunya yang berjudul Chu Ku Chuk Raya dikecam netizen.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, dia meminta rakyat Malaysia untuk dengar dengan lebih teliti sebelum menghukum suaranya.

“Apa salah saya sehinggakan lagu raya saya semua orang kecam? Apa kurang saya? Tolong lah rakyat Malaysia, buka mata dengar suara saya betul-betul. Buka telinga!,” ujarnya.

Di ruangan kapsyen, dia juga mendakwa suaranya unik seperti penyanyi terkenal antarabangsa, Michael Jackson.

“Apa salah saya awak. Esok dah nak release ni. Ramai rakyat Malaysia tak pandai menilai seni suara.

“Suara saya unik macam Michael Jackson. Mohon terima dan akur saya artis no. 1 Malaysia. Suara saya sedap dan merdu. Muktamad,” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, pelakon dan usahawan Wak Doyok berseloroh membalas kenyataan Aliff dengan memberitahu suaranya boleh menganggu syaitan pada bulan Ramadan ini.

“Salah tu memang tak salah Datuk. Tapi suara Datuk tu menganggu syaitan yang di ikat di bulan Ramadan. Menggelupur mereka,” katanya.

Sebelum ini, Wak Doyok juga pernah mengkritik suaranya boleh membuatkan makhluk yang sudah mati hidup semula.

“Astagfirullah Al’azim. Bila dengar Datuk nyanyi makhluk dari lubang kubur pun boleh terbangun lah,” tulisnya di ruangan komen.

Maya Basir