Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 1, 2023 @ 5:30pm

Bakal Temukan Aisyah Hijanah & Fatin Umaidah, Alif Teega Titip Pesanan Buat Netizen… Minta Jangan Tambah Api – “Kepada Semua Yang Lihat, Rilek Je!”

Pempengaruh sensasi, Alif Teega mengaku bakal mempertemukan isteri pertamanya, Aisyah Hijanah dan isteri kedua, Fatin Umaidah dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, dia memaklumkan isu poligami yang berlaku dalam keluarganya pada ketika ini sebenarnya diketahui Aisyah sejak Oktober lalu.

Artikel Berkaitan: Tular Perincian Perkahwinan, Netizen Terkejut Alif Teega & Fatin Umaidah ‘Kantoi’ Nikah Di Pejabat Agama Songkhla? – “Empat Hari Sebelum Anniversary Dengan Aisyah”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Demi Allah! Tuduhan Tu Melampau, Saya Tak Maafkan”- Alif Teega Nafi Naik Tangan, Berseronok Sebelum Kahwin

Malah, pihak keluarga Fatin juga sedia maklum dan memintanya untuk menjelaskan dengan baik kepada isteri pertamanya itu.

“Sebelum saya bernikah pada bulan 10, saya dah bagitahu pada Aisyah yang saya akan bernikah. Dan pada masa tu, Aisyah banyak kali clarify dengan saya tanya betul ke nak bernikah dan dia ada bertanya ‘akhirnya nanti Aisyah akan dimadukan ke? Saya kata ‘Ya, doakan yang baik-baik. Bila? Abang tak tahu,  hanya serah kepada Allah, moga-moga dipermudahkan’.

“Jadi, bila Aisyah dah tahu dah perkara ini akan berlaku, dan saya bernikah atas persetujuan belah Fatin dan alhamdulillah semuanya dimudahkan,” katanya.

Meskipun sedar dengan kemarahan netizen terhadap tindakannya, pemilik nama Mohd Hazalif Mohd Hazani enggan mengulas lanjut mengenai keputusannya untuk berkahwin dua.

“Untuk bahagian itu saya tak boleh nak ulas panjang. Saya tak boleh nak cerita, kenapa dan apa sebab serta alasan utama. Sebab ia tidak akan memuaskan hati semua orang.

“Saya faham sekarang ini semua orang akan marah, rasa kecewa, sedih, geram kenapa saya buat macam ni kan? Semua orang akan keluarkan perkara-perkara yang memburukkan saya. Tapi apaun, saya perlu lalui dengan hati yang terbuka.

“Jadi kepada yang keluarkan statement itu… saya nak bagitahu itu adalah fitnah yang melampau! Fitnah yang amat berat pada saya,” jelasnya.

Dalam pada itu, Alif juga berkongsi bahawa Aisyah dan Fatin merancang untuk berjumpa dalam masa terdekat.

Justeru, dia berharap agar mana-mana pihak di luar sana yang ingin ‘mengambil berat’ terhadap kisah rumah tangganya perlulah bertenang dan tidak menuang minyak tanah ke dalam api.

“Aisyah dengan fatin planning untuk berjumpa termasuklah dengan keluarga. Tapi kita akan buat satu-satu.

“Sebagai suami, ketua keluarga… saya akan mainkan peranan yang cukup penting dan saya cuba untuk buat yang terbaik untuk mengharmonikan segala-galanya.

“Jadi biar saya handle situation keluarga saya. Minta semua yang melihat, yang rasa nak care tu cuba slow down sikit, jangan tambah-tambah api, rilek je… bertenang. Memang salah saya. Tapi let me handle this,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: “Demi Allah! Fitnah Ini Akan Ku Bawa Ke Akhirat” – Bukti Pukul Isteri Tular, Alif Teega Dah ‘Warning’ Abang Aisyah Minta Stop Fitnah… Dakwa Adni Rustam Desak Bercerai?

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dilabel Narsisistik Gara-Gara Muat Naik Video Lama, Alif Teega Dihenyak Netizen… Minta ‘Jaga Mulut’ & Off Sosial Media

Artikel Berkaitan: Cedera Dibahagian Lengan, Telinga & Muka! Adik Dedah Bukti Laporan Perubatan Aisyah Hijanah Dipukul Alif Teega – “Saya Berani Tegakkan Yang Benar!”

Artikel Berkaitan: Rakaman Suara Ketika Bertengkar Tular, Ini Respons Aisyah Hijanah – “Saya Tidak Boleh Menafikan Mahupun Membenarkan”

Artikel Berkaitan:Alif Teega Akhirnya Perjelas Isu Poligami – “Garis Kehidupan Kita Ni Disusun Oleh Allah Cantik”

 

 

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 2 Mar 2026
Featured Tue, 12 Nov 2024

“Do Not Settle For Less” – Fazura Kongsi Video Motivasi Buat Golongan Wanita 

Menerusi hantaran berkenaan, seseorang itu perlu dilayan dengan baik dan penuh rasa hormat sesuai dengan apa yang telah diberikannya.

Hiburan Sun, 1 Jul 2018

Betulkah Ardell Aryana Sakit Kanser?

Adakah benar Ardell kini sedang menghidap kanser? Baca berita penuh hanya di Xtra.com.my!

Hiburan Thu, 10 Jul 2025
Featured Fri, 9 May 2025

Aziz Harun Anggap Keputusan Tinggal Di Malaysia Tepat – “Lebih Efisien & Mudah Untuk Saya Bekerja”

Kata Aziz, selain lebih efisyen ia juga lebih mudah untuk menguruskan kerjaya seninya.

Trending Sun, 11 Apr 2021

Siti Fazurina Cerita Kisah Perkahwinan Tak Dapat Restu, Akhirnya Diterima Keluarga

Pelakon yang popular menerusi siri Dunia Anita, Siti Fazurina Mohd Famir, 39, mendedahkan dirinya berasa kosong ketika rumah tangganya tidak mendapat restu keluarga. Mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Hykal Zulkifli pada 2013, pelakon yang disapa […]

Hiburan Thu, 5 Jul 2018

Perginya Anak Syurga, Amy Search Reda…

Al- Fatihah… Salam takziah buat seluruh keluarga penyanyi Amy Search atas pemergian anak syurga ini. Semoga diberi kekuatan atas ujian ini.

Featured Fri, 10 Jan 2025
Hiburan Sun, 4 Feb 2018

迪丽热巴荣登「2017亚洲最时尚脸」冠军宝座

英国杂志《I-Magazine》日前邀请到来自40多个国家的380位专业摄影师、设计师、化妆师、造型师、时尚编辑、以及杂志团队,从3万5千多张的照片和影片中投票选出「2017最时尚脸孔」台湾女艺人方面,许玮宁、杨丞琳、林依晨等人都有上榜,第一名则是由近年爆红的迪丽热巴拿下。

error: Content is protected !!