Bakal Tunai Umrah, Zamani Mahu Taja Pelajar Tahfiz

Penyanyi Zamani meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang mengerjakan Umrah pada November depan.

Katanya ketika ditemui di majlis appresiasi media Majlis Bandaraya Petaling Jaya memaklumkan dia menerima tajaan daripada sebuah syarikat di mana Zamani pernah menjadi dutanya sebelum ini.

“ Syukur ke hadrat Illahi Allah mengabulkan doa saya untuk mengerjakan Umrah buat pertama kalinya pada November ini.

“ Saya memang sudah lama memasang niat untuk ke Tanah Suci. Dalam masa sama saya juga berniat untuk menaja seorang pelajar Tahfiz untuk turut serta bersama saya ke sana nanti,” katanya kepada XTRA.

Sementara itu, penyanyi berusia 48 tahun ini turut menyuarakan hasrat untuk bercuti panjang sekembalinya dari Makkah nanti.

“ Dengan jadual yang sangat padat sepanjang tahun, saya merancang untuk bercuti panjang selepas balik dari sana.

“ Mungkin lepas rambut kembali panjang saya akan kembali bekerja seperti biasa. Doakan agar urusan saya dipermudahkan di sana nanti,” ujarnya.

Penyanyi berusia ini turut memasang niat untuk memanjangkan doa buat kesejahteraan kedua arwah ibu-bapanya ketika berada di sana nanti.

“ Itu antara doa paling utama bila berada di sana nanti. Selain itu saya juga mahu berdoa agar sihat selalu agar mudah untk saya bergerak mencari rezeki,” akhirinya memberitahu mahu mendoakan bertemu jodoh yang baik diizinkanNya.

Dalam perkembangan lain, Zamani bakal muncul pada Festival Muzik Antarabangsa, KL Jamm di Pusat Dagangan Dan Pameran Antarabangsa Malaysia (Mitec), April Depan.

Wartawan: SGMS Fas

SGMS Faida