Featured By: Salma Syahbuddin August 23, 2022 @ 2:43pm

Balik Kampung ‘Boyfriend’ Di Amerika Syarikat, Mimi Fly Dapat Jolokan Rihanna Malaysia

Tempoh lima tahun menjanda bukanlah satu masa yang singkat buat penyanyi Mimi Fly untuk menemui kebahagiannya.

Mimi sebelum ini pernah mengaku sedang menjalin hubungan cinta bersama seorang lelaki berkulit hitam yang juga merupakan seorang doktor pakar tulang yang dikenali sebagai Antonio Rozier.

“Kami mula berkenalan ketika bertemu di satu destinasi percutian dan sejak itu, kami semakin rapat walaupun hubungan terpaksa diteruskan secara jarak jauh (LDR) sebab dia sekarang menetap di Amerika Syarikat.

“Dia merupakan seorang doktor pakar tulang belakang dan sangat memahami diri dan berfikiran terbuka. Dia tak pernah takut dengan bagaimana saya membawa diri di depan khalayak,” katanya.

Dan difahamkan, baru-baru ini Mimi dilaporkan telah pulang ke kampung halaman kekasihnya itu di Dallas, Texas, Amerika Syarikat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mimifly (@mimiflyyy)

 

Sementara itu, penyanyi berusia 36 tahun ini juga sempat berkongsi momen dan aktivitinya ketika berada di sana.

Malah, perkongsian Mimi atau nama sebenarnya, Shamimi Amalina Norhisham itu sekaligus mendapat pelbagai respons dalam kalangan rakan artis dan juga warganet yang gembira melihat keadaan dirinya  kini.

Selain itu, ada juga segelintir pengikut beliau yang menggelarkannya seperti penyanyi terkenal antarabangsa, Rihanna.

Ketika ditanya mengenai perasaan takut untuk menjalin hubungan cinta dengan lelaki berkulit hitam, Mimi bagaimanapun memaklumkan, dia langsung tidak takut.

Bahkan, mengakui hubungan yang terjalin selama dua tahun ini banyak memberi perkara positif terhadapnya apatah lagi kekasihnya itu adalah seorang yang sangat banyak memberi sokongan kepadanya untuk menjadi lebih baik.

“Barangkali dia adalah kegembiraan yang saya cari selama ini. Dan sebagai seorang wanita, saya rasa semua orang layak bertemu jodoh yang dapat membawa kita maju ke hadapan dan memperbaiki apa kekurangan diri.

“Kalau boleh, saya nak hubungan kami diteruskan ke peringkat seterusnya kerana dia sendiri banyak memberi dokongan dan sokongan kepada saya untuk jadi manusia yang lebih baik.

“Ada orang tanya tak takut ke berkawan dengan orang kulit hitam dan jawapan saya, tidak langsung sebab saya rasa lelaki Melayu senang rasa intimidated (tercabar atau takut) dengan keterbukaan gaya hidup saya berdasarkan beberapa perhubungan yang telah saya lalui sebelum ini,” jelasnya.

Terdahulu, Mimi pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Firdaus Hajar pada 16 Mei 2015 dan mengambil keputusan untuk bercerai sekitar November 2017.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mimifly (@mimiflyyy)

 

Sumber: Rotikaya, Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 9 Sep 2022

“Saya Nak Tenang-Tenang Saja” – Amy Mastura Elak Masuk Pertandingan

Kak Amy ni nampak tenang dan happy je selalu kan..

Contest Thu, 12 Jul 2018

#xtra好康头 | 精彩剧集享不停 好礼拿到你手软

xtra好康头!让你边看好剧边赢奖,这简直太完美了吧~

Hiburan Wed, 30 Jan 2019

Hampir Alami Kemurungan, Nourul Wahab Bongkar Kisah 10 Tahun Lepas

“I was down. Almost depressed. Fikir masa depan, fikir sorang-sorang, fikir @ayu_ace, dan macam-macam lagi,” tulis penyanyi Nourul Wahab yang berkongsi kisah perit dilaluinya sepuluh tahun lalu. Menerusi laman Instagramnya, Nourul atau nama sebenarnya Noorul […]

Featured Wed, 30 Nov 2022

Konsert ‘Senandung Malam Payung Teduh X Pusakata X Efek Rumah Kaca’ Hadiah Birthday Nabila Huda

Alahai sweetnyerrr Abil dan suami💗 Moga Neptunes Presents terus terbang tinggi!

Hiburan Mon, 20 Nov 2023
Events Sun, 9 Feb 2020

Karpet Merah #AJL34 Lebih Bergaya Dan Stylo!

hangatkan malam AJL34 guys!

Trending Fri, 29 Jun 2018

6 Jenama Sardin Dalam Tin Ada Cacing Filum Nematado – Kementerian Kesihatan Malaysia

Hati-hati jika beli makanan dalam tin, pastikan dapat kelulusan KKM.