Balu Abam Bocey Rasa Belum Menang Kes Saman, Memilih Berdiam Diri

Balu kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Nor Hidayah Mohd Ali tidak mahu memberi sebarang komen mengenai keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan adik iparnya, Ali Puteh untuk membayar jumlah ganti rugi RM60,000 kerana memfitnah di Instagram, dua tahun lalu.

Memetik laporan Berita Harian, Hidayah lebih memilih untuk mendiamkan diri bagi tidak mengeruhkan keadaan yang boleh memanjangkan kemelut antara dirinya dengan keluarga arwah suami.

Menurutnya, dia tidak menganggap keputusan mahkamah sebagai sesuatu perkara yang harus dibanggakan.

“Saya tidak mahu ulas, rasanya berdiam diri jalan terbaik agar tidak mengeruhkan lagi keadaan.

“Tidak… saya langsung tidak merasakan sudah menang,” jawabnya ringkas.

Rayuan Ali atau nama sebenar, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 34, untuk tidak membayar ganti rugi RM60,000 yang berlangsung secara Zoom itu ditolak oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh.

Selain itu, mahkamah turut menolak rayuan Ali dan tiga ahli keluarganya untuk menolak tuntutan samannya terhadap usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan Siti Nor Hidayah berhubung temu bual yang disiarkan menerusi akaun Youtube usahawan kosmetik itu.

Meninjau di ruangan komen laman Instagram Xtra, rata-rata netizen berpuas hati dengan keputusan mahkamah.

“Alhamdulillah.

“Allah tu Maha Adil.

“Orang kata makan harta anak yatim tak berkat hm,” komen netizen.

Maya Basir