Featured By: Aqilah Paharuzi January 20, 2023 @ 7:30pm

“Balut Hati Dengan Kesabaran, Tiada Dendam & Benci” – Fazura Pesan ‘Followers’ Hidup Dalam Kesederhanaan

Perkongsian pelakon jelita, Nur Fazura mengenai hidup dengan tenang serta tiada dendam dan benci mencuri perhatian, baru-baru ini.

Fazura memuat naik pesanan itu di Instagram Story pada Khamis dan memberi pesanan agar semua berharap pada Allah SWT.

“Balut hatimu dengan kesabaran, hapuskan amarahmu dengan ketenangan, lapangkan hidupmu dengan keikhlasan.

“Tak ada dendam, tak ada kebencian. Hanya ada seorang hamba, yang sedang berusaha dekat dengan Tuhan, hidup tenang dalam kesederhanaan.

“Tak berharap pada siapa pun, tak terikat oleh apa pun, kecuali Allah SWT,” tambah Fazura.

Dalam pada itu, berdasarkan perkongsian terbaru di Instagram isteri kepada pelakon Fattah Amin itu, Fazura turut berkongsi sepotong hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

“Sesungguhnya, setiap amalan tergantung niatnya. Setiap orang akan mendapatkan apa yang ia niatkan.”


Menerusi ruangan kapsyen, ibu anak satu ini memberi pesanan kepada semua pengikutnya untuk memulakan hari dengan niat untuk berbuat baik kepada orang lain.

“Maka setiap hari, niatkanlah berlaku baik kepada orang lain. Seperti mana kita inginkan buat diri sendiri,” tulisnya.

Sebelum ini, Fazura tampil memberi respons berhubung isu kerap dikaitkan dengan selebriti lain.

Menurut aktres Gol dan Gincu ini, dia hanya memberi tumpuan sepenuhnya kepada diri, keluarga dan kerjaya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sering Dikaitkan Dengan Selebriti Lain, Fazura Tampil Beri Respons – “Saya Tak Boleh Halang, Cuma… 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 23 Nov 2018

3 Cara Untuk Menggayakan Skinny Jeans Macam Cindy Crawford

Kalau nak nampak menarik, ikuti tips ini.

Featured Fri, 26 Aug 2022

Lepas Akaun TikTok Manchester United Guna Sound, Kini Ryan Bakery Terima ‘Bluetick’ Pula!

Semart wooo 👏 Tahniah budak bedak! Teruskan berkarya🔥

Trending Mon, 29 Jun 2020

Tarikh Baru SPM Bermula 6 Januari 2021

Baca info ni betul-betul

Hiburan Tue, 24 Sep 2019

Hael Husaini Jadi Pengganti?

Apakah kesudahannya?

Hiburan Fri, 24 Nov 2017

ADA APA DENGAN KUMPULAN DAMASUTRA – AIR MATA ROHINGYA

Dana yang dikutip akan disalurkan terus kepada warga Rohingya yang ditempatkan di Kem Perlindungan Cox Bazar, Bangladesh dan kepada program INSAF di seluruh Malaysia.

Hiburan Thu, 18 Jan 2024

Pernah Merajuk Dengan Industri Seni, Nadiya Nisaa Mahu Undur Diri? Mujur Rakan Artis Beri Teguran & Hadiahkan Karya Menarik

Alaa… janganlah undur diri, peminat ramai tau yang suka tengok Nadiya berlakon!