Hiburan By: Izzi Farhana July 14, 2023 @ 7:36pm

[VIDEO] Ustaz Kazim Elias Dedah Pelawak Bayar Bil Surau, Netizen Banjiri Ruangan Komen Dengan Nama Jep

Tular sebuah perkongsian video ceramah daripada penceramah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias apabila dia menceritakan tentang seorang pelawak yang dikatakan telah membayar bil elektrik dan air di kampungnya.

@firdaus62056 Allah sayang kepada orang yg suka bersedekah. Semoga perkongsiaan ini memberi seribu manfaat kepada siapa yg mendengarnya. #fypage #fypシ゚viral🖤tiktok☆♡🦋myvideo #dakwah_islam #dakwah #dakwahtiktok #5millionviews #fypシ゚viral ♬ 孤独的牧羊人排箫演奏 – 骆礼钧

Menerusi video tersebut,kebaikan yang dilakukan oleh pelawak terbabit telah diceritakan oleh seorang individu.

“Dia cerita, jiran dia ni ada sebuah restoran, jiran dia ni suami isteri. Anak mereka pula merupakan seorang pelakon dan pelawak terkenal.

“Dia kata, ‘ustaz tahu tak pelakon dan pelawak anak diorang ni, bil masjid dan surau dalam kampung semua dia bayar.

“Mak ayah dia ni yang meniaga ni pula, anak mereka tak bagi meniaga dah, anak bagi duit tiap-tiap bulan tapi mak dia nak meniaga juga sebab ada pekerja.

“Kalau dia tutup diorang ni susah maka dia tetap buka kedai makan, bila orang datang beli tapi tak ada duit mereka bagi percuma,” jelas Ustaz Kazim ketika ceramah berlangsung.

Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Ustaz Kazim, netizen mendakwa bahawa pelawak tersebut merupakan suami kepada pelakon Sari Yanti iaitu Jep Sepahtu.

“Jep ni. Ada orang kampung sari Yanti bagitahu jugak Jep ni suka bersedekah,. Mak Jep pun ada kedai makan kat terminal Kulai

“Jep tu keluarga dia jual nasi ayam dari Jep belum popular lagi

“Jep kot. Sebab mak dia ada kedai makan kat terminal kulai. Selalu sarapan situ. Nasi lemak and soto sedap tu,” tulis netizen di ruangan komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 16 Oct 2018

OMG! Wawa Zainal Panik Accident Atas Air?

Walaupun tidak mengalami kecederaan serius, gambaran dalam video yang dikongsi Aeril itu membuatkan netizen berdebar menontonnya.

Hiburan Fri, 28 Sep 2018

Pentas Akhir DA’I Musim Keenam, Hadiah RM 60,000 Milik Siapa?

Malam ini persoalan siapakah yang bakal bergelar Juara Da’i Pendakwah Nusantara Musim Ke-6 bakal terjawab. Pentas akhir pencarian ejen dakwah sudah tiba di kemuncaknya. Selain gelaran juara, Haziq Safwan Norazman (Da’i Haziq),Imran Mohd Zaki (Da’i […]

Trending Fri, 5 Mar 2021
Contest Sun, 14 Jul 2019

#ICSYVMYSuaraSiapaTu Minggu Ini Lebih Mencabar?

Saksikan #ICSYVMYSuaraSiapaTu Ahad ini, jam 9 malam okay!

TECH Thu, 6 Dec 2018

Asli atau palsu? Ini ialah Cara Menguji Kelajuan MikroSD pada Android

jika ingin tahu sd kad anda original ke tidak boleh lah mencubanya

Hiburan Mon, 6 Nov 2023

Cepat Penat, Mahu Sentiasa Baring, Azharina Dihantui Penyakit Misteri

Penyakit apa pulak tu😱😨 Semoga Azharina diberi kesembuhan segera Amin🤲🏻