Bapa Syafiq Kyle Pengsan Di Majlis Ramah Mesra

Bapa kepada pelakon Syafiq Kyle, Abdul Razak Husin, 55, dikejarkan ke hospital apabila rebah ketika menghadiri majlis ramah mesra bersama peminat di sebuah pusat karaoke, di sini, malam tadi.

Kejadian yang berlaku sekitar 9 malam itu mengejutkan tetamu yang hadir kerana bapanya, sebelum itu sempat menyanyikan sebuah lagu.

Turut berada di tempat kejadian, ibu Syafiq, Rohaya Sulaiman, 55, dan ahli keluarganya.

Syafiq yang tiba beberapa minit selepas kejadian turut terkejut menerima berita itu.

Pengurus Syafiq, Shawn Amer memaklumkan, bapa pelakon Langsuir itu difahamkan mempunyai sejarah penyakit darah tinggi.

“Saya difahamkan ahli keluarga Syafiq, bapanya memang ada penyakit darah tinggi. Syafiq yang membawa bapanya ke hospital.

“Saya harap keadaan bapanya kembali stabil dan tiada apa yang buruk berlaku,” katanya kepada BH Online.

SGMS Faida