Hiburan By: Syamir Shafie November 5, 2023 @ 3:43pm

Bapa Terlantar Bukan Alasan Fimie Don Menghilang Dalam Industri – “Saya Perlu Profesional…”

Pelakon dan penyanyi, Fimie Don memaklumkan keadaan bapanya yang sekian lama sakit dan perlukan penjagaan rapi tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkarya dalam industri seni.

Terdahulu, bapa Fimie, Saedon Abdul Rani, 62, menghidap strok sejak tujuh tahun lalu.

Fimie, ibu dan kakak bergilir-gilir menjaga bapanya yang terbaring di atas katil seperti membersihkan najis dan menyalin lampin pakai buang.

Menurut Fimie atau nama sebenar Shafimie Saedon yang bergelar anak seni sejak usia 5 tahun lagi, dia perlu tampil profesional dalam kerjayanya.

Baginya, lakonan dan nyanyian merupakan punca rezeki. Jika dia gagal memberi komitmen, pendapatannya akan terjejas.

Justeru, walau apa pun yang berlaku dalam episod kehidupannya, dia tidak akan menghilangkan diri dalam industri.

“Lakonan ini ialah kerja saya. Saya perlu jadi pekerja yang profesional.

“Apa yang berlaku dalam hidup saya, putus cinta atau orang meninggal, kerja saya tetap diteruskan,” katanya.

Namun demikian, mengakui tidak dapat lari dari tanggungjawab sebagai seorang anak, Fimie turut memberi perhatian terhadap bapanya walaupun kini mereka tinggal berjauhan.

Dalam pada itu, pelakon Hikayat Putera Shazlan itu meluahkan rasa syukur kerana mempunyai seorang ibu yang sanggup berkorban untuk menjaga bapa.

“Sebanyak mana saya tolong jaga mak saya tak boleh lawan sebanyak mana mak saya jaga ayah saya,” ujarnya.

Fimie ditemui XTRA ketika pementasan teater Balada Si Angsa Hitam yang berlangsung di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa Pustaka (DBP) pada Jumaat.

Sementara itu, diusik dengan soalan berkaitan teman istimewa atau kekasih, Fimie memberitahu hatinya masih belum diketuk oleh mana-mana wanita buat masa sekarang.

“Tak jumpa lagi, saya follow the flow saja,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 13 Jan 2023
Hiburan Thu, 23 Aug 2018

Aktor Hollywood Ini Menjadikan P Ramlee Sebagai Inspirasi

Beliau boleh menyanyi, berlakon, menulis dan mencipta pelbagai naskah yang sehingga hari ini dapat diingati. Malah beliau masih seorang hero dalam Asia hari ini

Featured Tue, 17 Jan 2023
Events Fri, 9 Sep 2022

Terpaling Juara: Masih Tak Boleh Move On! Netizen ‘Compare’ Suara Ifa Raziah- “Part ‘Aku’ Tu Macam Bunyi Serigala…”

Walaupun sudah lima hari konsert ketiga Terpaling Juara berlalu, namun kontroversi yang melanda penyanyi dangdut Ifa Raziah masih lagi hangat diperkatakan netizen. Mungkin masih tidak boleh ‘move on’ dengan nyanyian dan ‘attitude’ yang ditunjukkan pada […]

Hiburan Fri, 22 Dec 2017

Chaleeda Gilbert Lakar Nama di Malaysia

Rocketfuel Entertainment, Chaleeda Gilbert, optimis memulakan langkah menerusi single, Mind Over Matter ciptaan penyanyi rap, SonaOne.

Hiburan Thu, 9 Jan 2020