Hiburan By: Maya Basir February 2, 2024 @ 4:41pm

“Saya Tak Puas Hati Lagi” – Tak Mahu Tergesa-Gesa, Lagu Ciptaan Aina Abdul Buat Siti Nurhaliza Masih Belum Siap

Penyanyi dan komposer, Aina Abdul memberi penjelasan mengenai perkembangan lagu yang dicipta olehnya untuk beberapa penyanyi tanah air semasa siaran langsung di TikTok.

Menerusi perkongsian di TikTok @queenainaabdul, Aina atau nama sebenar Nurul Aina Abdul Ghani memberitahu dia tidak mahu tergesa-gesa dalam menyiapkan sesebuah karya demi menjaga kualiti lagu tersebut.

Menurutnya, lagu yang dibuat untuk penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza juga masih dalam proses pembikinan.

“Saya tak nak komen pasal lagu untuk artis lain. Contohnya, lagu untuk TokTi (Datuk Seri Siti Nurhaliza) tak siap lagi.

“Saya sangat mengejar masa sekarang dan saya tak nak rush. Bila saya nak buat lagu untuk someone saya tak nak rush sebab bila nak present kepada client, kita kena present benda yang kita puas hati.

“So far saya tak puas hati lagi,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, penyanyi berusia 31 tahun itu bakal berentap di pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) menerusi lagu ciptaannya berjudul Jangan Mati Rasa itu.

Selain itu, sesi bertemu peminat bersama finalis AJL38 akan diadakan pada 4 Februari ini di Pasar Seni (Central Market), Kuala Lumpur bermula jam 12 tengah hari sehingga 6 petang.

AJL38 bakal bersiaran secara langsung dari Dewan Axiata Arena, Bukit Jalil, pada 3 Mac 2024.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 29 Jun 2020
Featured Fri, 10 Mar 2023
Hiburan Mon, 11 Dec 2017

Kenapa Artis Nak Sembang Pasal Politik?

Qi Razali tampil memberikan pandangan beliau menerusi Twitter mempersoal kenapa orang seni perlu bersuara tentang isu politik negara

Hiburan Thu, 23 Aug 2018

Aktor Hollywood Ini Menjadikan P Ramlee Sebagai Inspirasi

Beliau boleh menyanyi, berlakon, menulis dan mencipta pelbagai naskah yang sehingga hari ini dapat diingati. Malah beliau masih seorang hero dalam Asia hari ini

Featured Tue, 28 Feb 2023
Hiburan Mon, 4 Apr 2022

Sufian Suhaimi & Inteam Bermunajat Dalam Damba Kasih 2022

Wah, Inteam kolaborasi dengan Sufian Suhaimi!

Featured Fri, 20 Jan 2023
Featured Wed, 16 Aug 2023

Didakwa Beli Motosikal Guna Duit Shila Amzah, Ubai Tampil Beri Respons Padu! – “Dasar Kepala Paip!”

Bawa bersabarlah Ubai & Sha. Tak faham ada juga yang menatliti masih rendah sekarang ni ek🥴