Hiburan By: Maya Basir September 20, 2023 @ 7:04pm

“Bapa Termakan Tipu Daya Ustaz Derry & Suami Mondy Dibelasah Sekumpulan Lelaki Tak Dikenali” – Caprice

Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice memberitahu bapa kepada Mondy telah terpedaya dengan cerita rekaan yang dibuat Ustaz Derry sehingga membuat permohonan maaf.

Menurut Caprice, bapa mana yang tidak terkejut apabila mendapat tahu anaknya sanggup menipu untuk mendapatkan wang.

Dipercayai Ustaz Derry membuat siaran langsung di TikTok menyatakan Mondy mengaku berbohong ketika mereka sedang memberi keterangan di balai polis.

“Ustaz Derry Sulaiman sudah buat kerja yang sangat kotor dan saya sudah buktikan yang individu ini adalah penipu. Sewaktu saya, Mondy dan beberapa staf sedang beri keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Selangor, seorang ustaz bernama Derry dari Indonesia sedang membuat siaran langsung di TikTok.

“Ketika itu kami tidak menonton siaran langsung berkenaan kerana telefon bimbit tidak boleh dibawa masuk ke bilik keterangan. Jadi ketika siaran langsung itu dia tunjuk bukti kononnya Mondy mengaku dia berbohong demi wang.

“Jadi apabila bapanya melihat perbualan itu, orang tua mana yang tidak menangis sedangkan bukti yang ditunjukkan adalah rekaan dan fitnah.

“Malam tadi saya maklumkan pada Ustaz Derry yang saya sanggup beri 40 juta rupiah untuk dia buat simple video tunjuk perbualan itu termasuk pamerkan nombor telefon kepada satu dunia tapi dia tak buat.

“Dia cuba buat apa yang diminta tapi nombor yang tertera berbeza dan telah memadamnya. Lepas tu dia muat naik semula tapi nama pula berbeza dengan apa yang dikongsikan sebelum ini. Akhirnya semua bukti dipadam.

“Kenapa orang yang ada bukti sanggup memadam semua itu. Kita kena ada akal dan otak bila nak marah orang. Kalau ada bukti kenapa nak sembunyikan, kecuali ada sebab iaitu mahu sorokkan kebenaran atau menganiaya mangsa,” katanya.

Pada masa sama, Caprice turut mendedahkan ahli keluarga terdekat Mondy turut menerima ancaman susulan isu ini.

“Terbaru suaminya yang berada di Jakarta dibelasah sekumpulan lelaki tidak dikenali. Walaupun kita tidak tahu punca, mungkin ia ada kaitan dengan isu ini.

“Sejak berita ini tular saya ada bertanya kepada Mondy sama ada perlu untuk membawa anak dan suaminya ke sini terutama selepas suaminya itu dipukul, tetapi Mondy lebih percaya jika mereka terus berada di sana bersama keluarga.

“Buat masa ini, Mondy masih perlu tinggal di Malaysia kerana kami bimbangkan keselamatannya. Selagi kes ini belum selesai, lebih baik dia tidak balik ke sana.

“Sebenarnya kami ada menerima ugutan namun impaknya lebih dirasai oleh keluarga Mondy di Indonesia,” jelasnya semasa ditemui di Majlis Pelancaran Thor-X di Hotel JW Marriot, sebentar tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakan Baik Ebit Lew Tampil Backup, Caprice Pula ‘Tala’ Bukti – “Bila Agamawan Tak Takut Dengan Fitnah”

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Fitnah Ebit Lew: Polis Panggil Caprice & Mondy Tattoo Bantu Siasatan Laporan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Mon, 27 May 2019
Hiburan Fri, 9 Feb 2018

SUARA FATHIA LATIFF NOT BAD?

Fathia Latiff mempunyai ton suara dan karakter tersendiri untuk bergelar sebagai seorang penyanyi. Malah, beliau juga mengakui sudah mempunyai lagu yang sesuai untuk pelakon kontroversi itu

Hiburan Tue, 16 Jan 2018

Alhamdulillah…Farid Kamil Sudah Bebas!

Farid dibebaskan dengan ikat jamin oleh adiknya, Fadzil Zahari, kira-kira jam 3 petang tadi.

Hiburan Wed, 30 Jan 2019
Trending Wed, 12 Jul 2023
Hiburan Fri, 23 Feb 2018

GERENTI ‘PECAH PERUT’, DRAMA SUAMIKU MAT PIUN BUKAN KOMEDI SYOK SENDIRI

Agak-agaknya bolehkah Pojie dan Nieza melepasi semua dugaan yang datang kepada mereka? Dapatkah Nieza menjalani kehidupan serba sederhana yang baru sahaja bermula?

Hiburan Mon, 22 Apr 2024

Datin Red Dedah Datuk Red Tak Balik Beraya – “Saya Tak Post, Maksudnya Tak Ada La”

Alamak, kenapa Datuk Red tak balik raya dengan Datin Red tu?

Featured Thu, 22 Dec 2022

Tidak Mahu Layan Permintaan Individu, Nama Ruhainies Di Senarai Hitam?

Hmm sampai macam tu sekali.. siapa agaknya kan?