Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 20, 2022 @ 2:38pm

[VIDEO] “Rasa Satu Tamparan Buat Saya, Saya Malu Dengan Allah…” – Pemergian Adibah Noor Beri Pengajaran Buat Ustaz Kazim Elias

Pemergian Allahyarhamah Adibah Noor pada Sabtu lalu pastinya memberikan kesan buat seluruh teman rapat.

Malah, rata-rata menyifatkan berita terbabit sangat mengejutkan buat mereka, apatah lagi Adibah baru sahaja memuat naik hantaran di Instagram miliknya tentang bentuk fizikalnya yang semakin menyusut.

Reda dengan ketentuan Allah SWT, ramai rakan artis dan ahli keluarga mengiringi jenazah pada hari pengebumian Adibah pada Sabtu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:Dikhabarkan Menderita Kanser, Adibah Noor Meninggal Dunia

ARTIKEL BERKAITAN:“Maaf, Kali Ini Aku Tak Dapat Tolong…” – Beberapa Tweet Terakhir Seakan Memberi Petanda, Netizen Tangisi Pemergian Adibah Noor

Pastinya, menanggung dan merahsiakan penyakit yang di alami bukanlah sesuatu yang mudah.

Bahkan, ketabahan dan kesabaran yang ditunjukkan arwah sekaligus menyentuh hati pendakwah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias.

Menurutnya, arwah menanggung penyakitnya tanpa diketahui oleh ramai orang termasuklah keluarganya sendiri dan ini membuatkan dirinya berasa malu dengan kesabaran Adibah selama ini.

” Kita kenal Adibah Noor seorang yang sihat selama ini. Tiba- tiba dia menjadi kurus sebelum meninggal.

“Rasa satu tamparan buat saya. Saya malu dengan Allah dan dengan arwah… seba dia sakit tidak ada seorang pun yang tahu. Jika ada pun arwah minta tidak ceritakan kepada orang lain.

“Berbeza dengan saya, satu dunia tahu saya sakit. Saya belum jatuh tahap orang yang sabar seperti Adibah. Dia senyap tutup mulut. Dia merahsiakan tahap kesihatannya selama ini,” katanya.

Selain itu, Ustaz Kazim juga menyifatkan tindakan arwah ini boleh dijadikan pengajaran buat semua pihak untuk sentiasa sabar.

“Ini satu pengajaran buat saya supaya menjadi sabar. Sakit itu kita simpan sebagai rahsia. Jika arwah boleh buat begitu kenapa kita tidak” jelasnya dalam satu perkongsian di media sosial baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN:“Maaf Kami Terpaksa ‘Kunci Mulut’ Sebab…” – Pegang Amanah Arwah, Ani Maiyuni Dedah Punca Adibah Noor Susut

ARTIKEL BERKAITAN:Mencuit Hati & Menyentuh Jiwa… Mengenang Adibah Noor, Ini Antara Iklan Menarik Lakonan Arwah

ARTIKEL BERKAITAN:Adibah Noor Bakal Dirindui, Ini Antara 5 Karya Hebat Insan ‘Terlalu Istimewa’

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Tak Nak Masuk TV Buat Masa Ni” – Adibah Noor Tolak Tawaran Rakaman Lagu Pada Tarikh Pengebumian

ARTIKEL BERKAITAN:Pencinta Kucing, Adibah Noor Pelihara 41 Ekor! – “Tidak Pernah Berkira Jumlah Wang Untuk Kegunaan Mereka”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 7 Oct 2025

Belum Hamil, Janna Nick Dedah Wajah Sembab & Badan Naik Akibat Jalani Dua Rawatan Dapatkan Zuriat

Janna Nick perjelas badan naik dan wajah sembab sebab cucuk hormon kehamilan

Events Sun, 5 Mar 2023
Featured Thu, 28 Nov 2024
Selebriti Sat, 18 Nov 2023
Hiburan Wed, 3 Apr 2019

Selepas Umum Penceraian, Rashidi Ishak Mengaku Terima Ratusan Mesej Setiap Hari

Ketika ditanya sama ada Rashidi mahu merujuk kembali dengan bekas isterinya, pelakon berusia 46 tahun ini menjawab…

Featured Fri, 19 Nov 2021

Pelajar Perempuan Dipercayai Terjun Bangunan Sekolah Lepas Duduki Peperiksaan

Seorang pelajar berumur 17 tahun ditemui cedera akibat dipercayai terjun dari tingkat empat bangunan di sebuah sekolah di Kulai, Johor pada Selasa. Memetik laporan BERNAMA, Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata remaja […]

error: Content is protected !!