Baru 4 Jam Di Youtube, Blackpink ‘Kill This Love’ Cecah Tontonan Lebih 10 Juta

Kumpulan Idol K-pop wanita, BlackPink hari ini tampil dengan klip video terbaru iaitu Kill This Love. Klip video ini sememangnya dinantikan oleh para “Blinks”, kelab peminat kumpulan tersohor itu.

Menurut Soompi, tayangan klip tersebut mencatat sehingga lebih 10 juta tontonan hanya dalam masa 4 jam 13 minit! Jumlah ini menjadikan BlackPink kumpulan pertama yang mencapai tontonan klip video terpantas dalam sejarah kumpulan idol K-pop.

Perkara ini turut memecahkan rekod yang pernah dipegang oleh kumpulan BTS, yang mengambil masa 4 jam 16 minit untuk mencapai tontonan 10 juta. Kill This Love kini telah mencecah tontonan sebanyak hampir 40 Juta. 

Menurut Soompi lagi, sidang media pelancaran Kill This Love yang dijadualkan berlangsung pada hari ini telah dibatalkan di saat akhir. Syarikat agensi YG telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu ini.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”