Baru Cecah Usia 7 Bulan, Anak Mira Filzah Dirisik Jenama Besar

Pelakon Mira Filzah berkongsi, putera sulungnya, Wan Khair Amir Astar sudah diintai beberapa jenama besar walaupun usianya baru menginjak tujuh bulan.

Bagaimanapun, menurut Mira, dia dan suami bersikap terbuka dengan tawaran yang diterima namun perlu memilih bentuk tawaran yang diberikan sesuai dengan umur anak mereka termasuklah kempen yang memerlukan tempoh masa yang singkat.

“Kalau kempen yang memerlukan tempoh singkat boleh dipertimbangkan, cuma terbabit dalam lakonan mungkin bukan dalam waktu terdekat sebab dia masih terlalu kecil.

“Memang ada risik mengenai Amir, tapi ia bergantung kepada kesediaan saya melepaskan anak saya ke dunia komersial ataupun lakonan,” katanya.

Sementara itu, Mira atau nama penuhnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 39, mengakui sebelum ini penampilannya bersama Amir menerusi beberapa iklan sudahpun dikeluarkan dan dia mengakui anaknya itu bukanlah seorang yang ‘camera shy’.

“Dia bukan camera shy malaha, dia suka tengok kamera macam ketika kami menjalankan kempen sebuah produk dari Korea Selatan baru-baru ini,” jelasnya.

Memetik laporan Kosmo, Mira kini sedang memepersiapkan diri untuk kembali aktif dalam dunia lakonan pada tahun hadapan.

“Rindu kepada dunia lakonan sudah tentu ada. Sekarang ada pembantu, saya dapat masuk set, tetapi bukan melibatkan masa berminggu-minggu.

” Selepas habis berpantang sebenarnay saya dah dapat tawaran dah tetapi ketika itu fokus utama lebih kepada si kecil yang memerlukan perhatian. Jadi saya tumpukan dahulu pada Amir selain terbabit dalam kempen komersil yang lebih singkat masa penggambarannya,” ujarnya.

 

Sumber: Kosmo

Salma Syahbuddin