Bawa Pekerja Pergi Bercuti Selama 2 Hari, Ramai Warganet ‘Offer’ Diri Nak Kerja Dengan Khairul Aming

Pempengaruh dan usahawan Khairul Aming, sekali lagi meraih pujian warganet selepas perkongsiannya membawa semua pekerja kilang Sambal Nyet bercuti di sebuah resort, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Khairul telah memuat naik video percutian selama dua hari tersebut sebagai tanda penghargaan kepada semua pekerjanya.

Menurut Khairul, percutian tersebut dilakukan secara santai tanpa sebarang tentatif dan taklimat kerana ingin melihat pekerjanya bebas membuat aktiviti sendiri dan berehat secukupnya.

“Dua hari lepas kita tutup kilang Sambal Nyet untuk bawa semua staff bercuti kat resort. Trip ni santai je, just untuk berehat and enjoy the nature. Aku buat fruit cocktail sikit untuk rasa-rasa haha. Overall, it was a fun trip,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet teruja dengan keseronokkan percutian tersebut, bahkan ada yang menawarkan diri untuk menjadi pekerjanya.

Setakat ini, video yang viral itu telah meraih lebih satu juta tontonan dan menerima lebih 100,000 tanda suka.

Fatin Nurain