Bebelan Chef Wan Buat Serina Di Instagram Tarik Perhatian Netizen – “Dah Cafe Bapak Kau Punya…”

Cef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan, 64, menarik perhatian netizen selepas memuat naik perkongsian berbaur leteran terhadap anak perempuannya, pelakon Serina Redzuawan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Chef Wan memuat naik video Serina sedang menjamu selera di kafe miliknya.

“Morning… Dah kafe bapak kau punya chef pulak abang sendiri, bolehlah kau nak minta pengedel tu meronta ronta. Yang meronta tu nafsu nak lebih. Jika customers lain haram, kita kasi 3 ketul aja!

“Wah…wah..bukan main campaign dia. Macam mana la melantak banyak-banyak tu? Macam mana la badan tu tak mengembang mcm Apam Eno?” tulisnya.

Selain itu, Chef Wan juga sempat meluahkan rasa khuatirnya terhadap cara pemakanan yang diamalkan anaknya kerana berpotensi untuk mendapat penyakit kronik.

“Tegur aja ada jawabnya. Kita risau kan dia sebab arwah emak dia tu ada kencing manis, jantung dan macam lagi. Pun terlebih makan itu.

“Menantu pun sama naik kipas Dyson. Suka la si tembam ni. Sofa dan meja makan rumah baru dah beli belum ni? Duit sudah masyukkkkkkk,” katanya.

Perkongsian tersebut turut menarik perhatian penminatnya yang rata-ratanya tercuit dengan leteran yang dilemparkan.

Selain Serina, Chef juga mempunyai anak lelaki yang juga merupakan seorang cef iaitu Muhammad Nazri atau lebih dikenali sebagai Chef Riz.

Fatin Nurain