Euforia Bola 2026
Featured By: Arfah December 27, 2021 @ 4:03pm

Bekas Isteri Buat Laporan Polis, Badrul Muhayat Didakwa Bawa Lari Anak-Anak

Seorang wanita yang dikenali sebagai Julia Ma’wa memberitahu di sebuah hantaran Facebook miliknya bahawa bekas suaminya yang merupakan pelakon drama tempatan, Badrul Muhayat telah melarikan anak-anaknya.

Julia menerusi hantaran itu menjelaskan terdapat kesan umpil di pintu rumahnya menandakan ada kejadian pecah rumah berlaku.

“Tadi baru balik tiba-tiba tengok benda yang mencurigakan. Ada sarung tangan plastik atas rumput depan rumah saya. Saya dah tak sedap hati. Saya periksa pintu rumah ada kesan umpil.

“Saya cek semua barang-barang anak sudah tiada. Kad pengenalan anak hilang, telefon anak-anak pun hilang,” tulis Julia.

Wanita itu turut memberitahu semua pakaian dan buku sekolah anak-anaknya juga dibawa lari.

Difahamkan sebelum ini terdapat pertelingkahan antara Julia dan Badrul mengenai anak-anak mereka.

“Saya teringat masa ex saya ugut depan rumah mak mertua sebelum dia bawa anak pergi kata nak pecahkan rumah saya nak ambil telefon anak-anak,” tulis Julia.

Dia yang sedang dalam proses perbicaraan menuntut nafkah untuk anak-anak memberitahu bekas suaminya itu jarang memberi nafkah sejak mereka bercerai pada tahun 2010.

“Selama ini saya yang jaga, bagi makan, tempat tinggal dan sekolahkan anak-anak,” kata Julia.

Julia juga berkata dia terpaksa meminta bantuan persekolahan daripada pihak Majlis Agama Islam Wilayah Perseketuan (MAIWP) kerana dia tidak boleh kerja lebih atas kesihatannya yang tidak membenarkan.

“Tapi ex saya sejak anak-anak saya dapat asrama MAIWP ini langsung tiada bagi terus nafkah walaupun sesen.

“Sekarang dia dah melampau racun anak-anak saya bawa lari terus,” tulis Julia.

Perkongsian itu turut disertakan gambar laporan polis yang dibuat oleh Julia terhadap bekas suaminya itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 16 Aug 2018

The Malaysian Population is Shrinking?!

Here’s a bunch of statistics about our country’s demography.

Featured Thu, 12 Jun 2025

Gara-Gara Dituduh Simpan Dokumen Jantung Fara Salleh, Shuk Sahar Minta Bantuan ‘Maid’ Geledah Rumah 

Shuk Sahar seakan tidak berpuas hati apabila dikatakan menyimpan dokumen jantung milik Fara Salleh.

Featured Wed, 20 Apr 2022
Trending Tue, 5 Nov 2019

Lazada 11: 11 Shopping Festival Kembali Lagi Dengan Pelbagai Jenama Terkemuka, Dan Berhibur Bersama K-Pop Star- APink!

Stay tuned depan tv untuk shopping sempena Lazada 11:11 pada 10 November Ini!

Trending Sat, 31 Oct 2020
Hiburan Mon, 7 Apr 2025
Hiburan Mon, 19 Jun 2023

[VIDEO] Shila Amzah Minta Gelang Emas Baru, Respons Ubai Buat Ramai Berdekah!

Untunglahh tunang nak belanja gelang emasss ☺️

Featured Wed, 29 May 2024
Featured Mon, 12 Jun 2023
Hiburan Sat, 1 Dec 2018

Aliff Syukri Bingung Kucing Harga RM 50,000 Hilang

Alamak! Kucing Dodi lari masuk hutan belakang rumah.

error: Content is protected !!